Teaser Pedih

2.9K 53 0
                                    

Assalamualaikum semua. Disebabkan permintaan yg tinggi, cetakan kedua utk Rahsia Hati Mrs Fakrul sudah dibuka💕
Preorder sehingga 9hb.
100 pembeli pertama akan mendapat hadiah dari akak ye😘
Special teaser kita bg😍

“Doktor, patient mengamuk.” Panggil seorang jururawat dengan cemas.

Lekas Doktor Maimun berlari masuk ke dalam wad diikuti oleh keluarga Sakinah.

Masuk sahaja di dalam wad, Doktor Maimun terkejut kerana terdapat kesan kelar di pergelangan tangan Sakinah. Beberapa jururawat memegang kemas kedua-dua lengan Sakinah yang masih menjerit kuat.

“Diam... pergi... aku kata pergi! Jangan ganggu aku!” Jerit Sakinah sekuat hati.

Dahlia hampir pengsan apabila melihat keadaan anaknya. Mujurlah Syamsul sempat menahan isterinya. Syamil pula sudah terkaku di tempat dia berdiri.

Nurse, cepat bagi saya suntikan sedantif sekarang," arah Doktor Maimun sambil cuba menutup luka di pergelangan tangan Sakinah.

Tidak lama kemudian, seorang jururawat memberikan jarum suntikan kepada Doktor Maimun. Doktor Maimun segera menyuntik Sakinah untuk mengelakkan pesakit mencederakan dirinya sendiri.

Lama-kelamaan Sakinah tidak lagi meracau dan tidak sedarkan diri. Beberapa orang jururawat membantu Doktor Maimun membaringkan Sakinah di katil serta memberi rawatan pada luka di pergelangan tangan Sakinah.

Doktor Maimun menarik nafas lega apabila kesan kelar di pergelangan tangan Sakinah tidak terkena di bahagian nadi. Selepas memberi arahan kepada jururawat, Doktor Maimun segera mendapatkan ibu bapa Sakinah.

“Encik Syamsul, Puan Dahlia... Sakinah perlu dirawat dengan segera. Maaf kalau saya katakan penyakit Sakinah hampir di tahap kritikal kalau tidak dirawat dengan segera.” Terpaksa Doktor Maimun menjelaskan keadaan yang sebenar.

Dahlia meluru ke arah anaknya yang tidak sedarkan diri. Tubuh itu dipeluk dengan erat. Tangisannya dihamburkan semahu-mahunya kerana tidak menyangka selama ini anaknya menyembunyikan perkara ini.

“Ya Allah... anak ibu... adik... kenapa? Kenapa adik tak beritahu ibu?” Bergema suara tangisan di dalam wad itu.

Syamil segera keluar dari bilik itu kerana tidak sanggup menangis di hadapan ibu dan abahnya. Syamsul sudah jatuh melutut kerana kesal tidak pernah memahami anaknya sejak dari dulu lagi.

😱😱Apa yg jadi pada Kinah?
Nk tahu whatsp 0129284568💕nk lgi jimat blh pilih pakej kombo gegar.😜

😜

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang