Bab 16

8.5K 555 62
                                    

SEMINGGU lagi, Sakinah bakal bersekolah di sekolah menengah. Dia akan bersekolah yang sama dengan abangnya kali ini. Seperti yang Sakinah jangkakan, keputusan UPSR yang diperolehinya tidak begitu baik seperti abangnya Syamil. Malah, kawan baiknya Siti juga telah mendapat keputusan yang lebih baik berbanding dengan dirinya.

Walaupun dia lulus semua matapelajaran, tetapi tetap tidak dapat memuaskan hati kedua ibu bapanya. Sakinah mula berasa cemburu dengan keputusan yang diperolehi oleh Siti. Jika dibandingkan dengan Siti, Sakinah telah lebih banyak berusaha dalam membuat ulangkaji.Terasa tidak adil saat dia menerima keputusan seperti ini.

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12.30 tengah hari. Patutlah perutnya sudah terasa lapar. Lama juga dia duduk termenung sejak dari tadi. Akhirnya dia membuat keputusan untuk ke dapur.

Belum sempat dia ingin masuk ke dapur, tanpa sengaja dia terdengar perbualan di antara orang tuanya. Hatinya semakin berdebar saat mendengar namanya di sebut.

“Abang tak tahu lagi apa yang perlu kita buat supaya adik tu jadi macam Mil. Adik tu lemah sangat pelajarannya. Tengoklah result dia baru-baru ni. Tak seperti yang abang harapkan.” Luah Syamsul dengan perasaan kecewa.

Dia meraut wajahnya dengan perlahan. Kusut memikirkan masalah yang dihadapi oleh Sakinah.

“Abang jangan nak samakan adik dengan Mil. Hanya itu je yang mampu adik dapat. Sekurang-kurangnya adik lulus semua matapelajaran. Abang dah lupa ke yang adik dapat keputusan macam tu pun mungkin disebabkan terlalu tertekan. Lebih-lebih lagi bila adik tahu tentang diri dia.”

Dahlia tidak mahu suaminya terus membandingkan anak-anaknya. Perkara itu hanya akan melukakan perasaan Sakinah sahaja di kemudian hari.

“Itu tak boleh dijadikan sebagai alasan. Kalau bukan kerana adik tahu rahsia diri dia pun, abang tahu keputusan tetap akan sama. Minggu depan adik dah nak ke sekolah menengah. Abang harap sangat, kali ni adik dapat perbaiki kelemahan dia. Lia pun nasihatkan adik tu sikit, suruh dia belajar betul-betul.” Pinta Syamsul.

Menggigil tubuh Sakinah ketika ini. Tanpa sedar, air matanya mengalir deras.

“Nantilah Lia cakap. Lagipun sekarang ni adik pun dah tak macam dulu. Lia nak tegur kesalahan adik pun, Lia dah mula risau. Takut adik makin sensitif dan fikir yang bukan-bukan pula.” Balas Dahlia.

Memang itulah perasaan yang dirasai oleh Dahlia. Sakinah sudah jarang berbual mesra dengan mereka. Tidak sama seperti dulu. Malah, Sakinah tidak suka lagi berkongsi masalah dengan mereka seperti dulu.

“Sampai bila adik tu nak terus macam tu. Sabar abang pun ada hadnya juga. Tak kanlah disebabkan dia tahu siapa kita, terus tak nak hormat dan layan kita macam dulu. Abang sebenarnya memang kecil hati dengan sikap adik.” Luah Syamsul.

Syamsul berasa sangat terkilan kerana hubungannya dengan Sakinah semakin jauh. Berbual pun tidak semesra seperti dahulu seolah-olah ada tembok besar di antara mereka.

Remuk hati Sakinah mendengar tuduhan Syamsul. Bukan niat dia untuk tidak berbual seperti dulu. Sejak akhir-akhir ini, dia sering mendengar suara asing yang sering mengganggu.

“Abang ada call Along baru -baru ni untuk minta nasihat tentang masalah adik. Sempat juga Along  bertanyakan tentang result adik?” Kata Syamsul tiba-tiba.

Perasaan Sakinah semakin berdebar.

“Abang jawab apa?” Tanya Dahlia dengan rasa ingin tahu.

“Abang beritahulah yang adik tak sama macam Syamil. Tak cemerlang macam anak-anak Along.” Jawab Syamsul.

Sakinah yang tidak sanggup mendengarnya lagi, segera beredar dari situ. Kakinya laju melangkah keluar dari rumah itu dan duduk di kerusi hiasan. Dia mahu menenangkan dirinya dengan mengambil angin di sini. Perasaan marah dan kecewanya semakin tertunas di dalam hatinya.

‘Abah dan ibu kau dah lama tak sukakan kau Kinah…’

Sekali lagi suara itu muncul. Namun dia tidak dapat menafikan perkara yang didengarnya itu. Kalau benar mereka menganggapnya seperti anak kandung mereka sendiri, tidak perlu bercakap di belakangnya. Malah Sakinah tidak suka masalah dirinya diceritakan kepada orang luar terutamanya keluarga Fakrul.

Akibat daripada perbuatan mereka, dia dituduh yang bukan-bukan oleh Fakrul. Tangannya dikepal kual.

“Adik! Adik dengar tak ibu panggil dari tadi ni?” Panggil Dahlia sambil menyentuh bahu Sakinah.

Pelik dia melihat Sakinah duduk di luar rumah dalam keadaan cuaca yang agak panas ini. Puas dia memanggil Sakinah tetapi anaknya seperti dalam dunianya sendiri.

Sakinah agak terkejut dengan kemunculan Dahlia. Hatinya mula sakit apabila teringatkan perbualan mereka.

“Kenapa ibu panggil?” Sakinah bertanya dalam nada yang mendatar.

“Ibu panggil makan tengah hari. Masuklah. Abah dengan Abang Mil dah tunggu kita.” Dahlia cuba memaniskan wajahnya walaupun dia agak terkesan dengan cara layanan Sakinah sebentar tadi.

“Adik tak lapar.” Balas Sakinah tanpa perasaan.

Lekas Sakinah bangun dari kerusi kerana ingin masuk ke dalam rumah. Namun, lengannya sempat dipegang Dahlia.

“Adik ada masalah ke? Ibu tengok adik suka termenung je. Tak nak kongsi dengan ibu.”

Dahlia mahu berkongsi masalah dengan anaknya itu. Dia mahu menjadi tempat yang boleh dijadikan rujukan buat Sakinah seperti waktu dulu.

Terasa lucu pula Sakinah dengan pertanyaan Dahlia. Mahu sahaja dia menghamburkan kemarahannya di situ juga.

“Kenapa? Kalau adik ada masalah, ibu dan abah nak mengadu pada siapa pula kali ni?” Soal Sakinah dengan nada yang sinis.

Tersentak Dahlia dengan jawapan itu. Perasaannya semakin berdebar. Takut jika anaknya terdengar perbualannya dengan Syamsul sebentar tadi.

Tiba-tiba Sakinah ketawa yang dibuat-buat.

“Adik bergurau je tadi. Ibu janganlah marah. Adik masuk dulu ye.”

Sebaik sahaja Sakinah masuk ke dalam rumah, Dahlia terduduk di kerusi. Tiba-tiba Dahlia berasa sangat takut. Takut kerana dia seperti tidak mengenali anaknya lagi.

😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍😍

Watak Sakinah dah mula berubah sejak bab ni😉

Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruWhere stories live. Discover now