Teaser bersemut😜

3.4K 61 4
                                    

“Abang ni memang teruk betullah. Nak buat kejutan pun agak-agaklah. Dahlah tiba-tiba muncul dekat rumah. Malu Kinah dengan ibu dan abah tadi.” Luah Sakinah dengan rasa marahnya yang masih bersisa.

Tergelak Fakrul mendengar rungutan tunangnya.

“Ok. Abang minta maaf. Abang memang berniat nak beritahu hari ni. Baru seminggu abang bertugas dekat sini. Disebabkan hari ni abang cuti, abang bawalah Kinah keluar.” Jelas Fakrul.

Ternganga Sakinah mendengarnya.

“Dah seminggu? Sampai hati! Selama ni abang tipu Kinah lah ye sebelum ni. Kononnya tak dapat lagi surat penempatan.” Lirih Sakinah meluahkan rasa kecewanya.

Makin serba salah pula Fakrul dibuatnya ketika ini.

“Dah namanya kejutan sayang. Itu yang abang tak beritahu. Kerja abang pun sekarang ni tak tentu. Kadang-kadang, malam pun abang terpaksa bertugas kalau ada kes yang penting. Pagi tadi pun abang kena ke hospital sekejap.” Jelas Fakrul lagi.

Sakinah segera menoleh wajah Fakrul. Kesian pula Sakinah mendengarnya. Pasti tunangnya itu agak penat ketika ini.

“Abang tak penat ke sekarang?”  Kali ini Sakinah sudah mampu berlembut dengan Fakrul.

Fakrul tersenyum lega. Sakinah tidaklah sekeras sangat hatinya.

“Tak. Bersemangat lagi adalah. Abang rindu Kinah…” Jujur Fakrul meluahkan peraaannya ketika ini.

Sakinah menjeling kepada Fakrul. Wajahnya segera ditundukkan. Malu mendengar pengakuan Fakrul sebentar tadi.

“Abang nak bawa Kinah pergi mana ni?” Tanya Sakinah setelah dia perasan mereka sudah berada di kawasan bandar Kuantan.

“Abang nak cari kain baju nikah kita dekat Jakel. Lagipun mama dan pesan, suruh kita cepat selesaikan pasal hal ni. Nak buat tempahan pun dah makan masa dua tiga minggu. Risau tak sempat siap pula nanti. Itu yang abang bawa sayang cari hari ni juga.” Panjang lebar Fakrul bercerita.

Sakinah kelihatan agak terkejut. Rasanya mereka baru sahaja dua minggu mereka bertunang.

“Kain baju nikah? Tak cepat sangat ke kita cari?” Soal Sakinah.

Fakrul hanya tersenyum manis.

“Tak cepatlah. Ini pun kita dah kira lewat buat persediaan. Lusa kan ibu dan abah pergi umrah. Tinggal tiga minggu je lagi majlis kita sayang. Kan tak sampai sebulan tu.”

Fakrul mengingatkan Sakinah tentang hari pernikahan mereka. Sakinah baru tersedar tentang perkara itu. Tempoh masa mereka bertunang tidaklah terlalu panjang. Malah, kedua-dua belah keluarga tidak mahu mereka bertunang terlalu lama. Patutlah Dahlia selalu menggesa dia untuk membuat persiapan perkahwinannya dengan segera.

“Rindu abang tak?” Sekali lagi Fakrul bertanya.

  Terasa semakin berbahang pula wajahnya ketika itu. Kelu lidahnya untuk menjawab pertanyaan Fakrul.

“Tengok tu... abang tanya, langsung tak nak jawab. Sampai hati sayang. Abang jelah yang rindu Kinah.” Sengaja Fakrul meleretkan nada suaranya untuk membuatkan Sakinah berasa bersalah.

Perlahan-lahan Sakinah menoleh sekilas ke arah Fakrul. Bukan dia tidak tahu Fakrul sengaja mengenakan dia. Melihat wajah Fakrul yang kelihatan agak penat membuatkan hatinya mula dihambat rasa bersalah. Fakrul sanggup keluar bersama dengannya walaupun baru sahaja balik dari hospital.

“Rindu.” Perlahan sahaja nada suara Sakinah. Namun, masih dapat didengari oleh Fakrul.

“Apa dia? Cuba sayang cakap sekali lagi…” Usik Fakrul dengan senyuman nakalnya.

“Ishh... sekali je Kinah cakap. Malas nak ulang-ulang.” Marah Sakinah. Wajah Sakinah beriak masam.

Tergelak lucu Fakrul dibuatnya. Rasa berbunga hatinya dapat bergurau begini dengan Sakinah.

“Nanti dah kahwin, wajib hari-hari abang nak dengar Kinah cakap rindu dekat abang. Tunggu jelah ye nanti.” Ugut Fakrul sambil tergelak kecil.

💗Preorder untuk cetakan kedua dibuka sehingga 9hb Julai. Lekas whtsp 0129284568 yg tak sempat beli lagi💕 nk jimat, blh ambil pakej ni. Karya pertama akak di Wattpad.😍😍

😍😍

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruDonde viven las historias. Descúbrelo ahora