Teaser Panas😘

3.3K 66 0
                                    

Masuk sahaja dia ke dalam rumah, segera tudungnya ditanggalkan. Dia berehat sekejap di kerusi untuk menghilangkan rasa lelah. Matanya dipejam rapat. Dia terpaksa membatalkan niatnya untuk membeli barang kerana cuaca yang agak panas.

Tiba-tiba dia terdengar seperti pintu bilik tidur abangnya dibuka. Sakinah membuka matanya kembali. Perlahan-lahan Sakinah mendekati bilik Syamil. Pintu bilik itu tidak ditutup dengan rapat.

Sebaik sahaja dia mengintai dicelah pintu itu, Sakinah ternampak ada seseorang yang sedang mengelap rambut. Tuala yang dipakainya itu adalah milik Syamil. Ketika itu susuk tubuh itu sedang membelakangi dia.

Senyuman nakal terukir di bibirnya. Dia yakin lelaki itu adalah Syamil. Sudah lama dia tidak mengenakan abangnya itu. Kali terakhir dia berjumpa dengan Syamil kira-kira dua bulan yang lepas.

Terjengkit-jengkit kaki Sakinah berjalan ke arah abangnya itu. Sampai sahaja dia di belakang tubuh itu, laju jari Sakinah menggeletek tubuh abangnya.

“Abang Mil....” Galak Sakinah menggeletek tubuh itu.

Fakrul yang agak terkejut dengan perbuatan Sakinah, terus memusingkan badannya. Kedua-dua tangan yang sedang galak menggeletek tubuhnya dipegang kemas.

Sebaik sahaja mereka berdua bertentangan mata, Sakinah hampir menjerit kerana terlalu terkejut. Fakrul segera menutup mulut Sakinah dan sebelah tangannya lagi merangkul pinggang Sakinah dengan kemas.

Tergamam Sakinah dengan aksi mereka berdua. Fakrul juga tidak sedar akan perbuatannya itu telah membuatkan kedudukan mereka semakin rapat. Sakinah masih meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.

“Kinah, ini abang...” Kata Fakrul dengan suara yang agak rendah. Risau Sakinah tidak mengecam wajahnya.

Tercengang Sakinah setelah mendengar suara itu. Tubuhnya menjadi kaku. Matanya merenung wajah itu dengan lama. Ternyata lelaki yang dirinduinya selama ini sudah berada di hadapan matanya.

Setelah yakin Sakinah sudah mengecam dirinya, perlahan-lahan Fakrul menjatuhkan tapak tangannya dari mulut Sakinah.

Masing-masing saling memandang di antara satu sama lain. Fakrul agak terpegun  melihat wajah Sakinah. Budak kecil yang pernah dikenalinya dulu sudah menjadi dewasa. Malah, kelihatan sangat cantik di matanya.

Perlahan-lahan Fakrul mengelus dengan lembut wajah Sakinah yang masih tidak berhijab itu. Melihat rambut panjang Sakinah itu semakin membuatkan naluri lelakinya bergetar.

Terpejam mata Sakinah menikmati sentuhan daripada Fakrul. Saat ini, dia terlalu rindukan Fakrul. Kedua-dua tapak tangan Sakinah masih setia melekat di dada Fakrul.

“Kinah...”

Matanya dibuka semula. Terasa semakin hangat kolam matanya ketika ini. Sakinah tidak mampu mengalihkan pandangannya ke arah lain. Takut jika ini kali terakhit dia akan melihat wajah Fakrul.

“Abang...” Bergetar suara Sakinah memanggilnya.

Fakrul berasa sangat sebak. Akhirnya suara yang dirinduinya selama ini dapat didengarinya hari ini. Kedua-duanya masih berada di dalam dunia mereka sendiri. Tanpa sedar perlahan-lahan wajah Fakrul mendekati Sakinah. Hanya tinggal beberapa inci sahaja bibir Fakrul menghampiri bibir Sakinah dan tiba-tiba...

“Astaghfirullahalazim. Arul!”

😜😜😜😜😜😜😜😜😜😜😜😜😜

Nak tahu apa nasib diorang, orderlah skrg. Tempahan sehingga 9 hb Julai shj😍
Whatsp akak ye 0129284568

Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruWhere stories live. Discover now