Bab 9

8.2K 555 16
                                    

SETIBANYA mereka di rumah, Sakinah dah Syamil segera masuk ke dalam rumah. Ketika itu, Syamsul sedang menunggu mereka di ruang tamu dengan wajah yang tegang. Disebabkan terlalu takut, Sakinah memegang kemas lengan Syamil.

“Buat apa tercegat lagi kat situ? Duduk sini sekarang adik!” Tegas Syamsul memberi arahan sebaik sahaja melihat kedua-dua anaknya telah muncul.

Dahlia yang duduk di sisi suaminya mula tidak sedap hati. Risau jika suaminya nanti akan bertindak mengikut perasaan marahnya.

Sakinah perlahan-lahan melangkah ke arah Syamsul. Dia duduk di sofa berhadapan dengan ibu dan abahnya. Syamil ketika itu hanya berdiri di belakang sofa sahaja.

“Kenapa adik makin tak hormat dengan arahan abah? Bukan abah dah pesan ke jangan keluar rumah sampai exam. Dahlah keluar rumah tanpa izin ibu. Dah rasa diri tu hebat sangat ke?” Tengking Syamsul. Sungguh dia rasa tercabar sengan sikap anaknya itu.

Bukan dia tidak sedar Sakinah sekarang sudah suka memberontak dalam diam. Langsung tidak keluar bilik sejak diberi denda untuk tidak keluar dari rumah beberapa hari yang lepas.

“Adik cuma nak ambik angin je.” Perlahan sahaja suara Sakinah memberikan alasan.

Perasaan takutnya hanya Tuhan saja yang tahu. Belum pernah lagi dia berhadapan dengan situasi seperti ini.

Syamsul semakin berangin mendengar alasan Sakinah. Turun naik nafasnya menahan rasa marah.

“Habis tu, kenapa tak minta izin dulu?” Tengking Syamsul lagi.

Sakinah sudah mula menangis kerana di herdik begitu. Syamil yang melihat situasi itu juga berasa kesian melihat Sakinah dimarah dengan teruk.

“Abang, sudahlah. Kan adik dah balik dengan selamat. Adik, pergi masuk bilik sekarang.” Arah Dahlia.

Dia tidak mahu Syamsul terus menerus berkasar dengan Sakinah.

“Lia jangan nak masuk campur. Adik jangan nak naik bilik selagi abah tak selesaikan masalah adik hari ini juga. Abah dah cukup bersabar dengan kerenah adik selama ni. Apa lagi yang tak cukup? Kalau nak kata adik lemah dalam subjek, abah dah hantarkan kelas tuisyen tapi apa yang adik buat, tergamak adik ponteng kelas tu kan.” Marah Syamsul lagi.

Tersentak Sakinah dengan kenyataan Syamsul. Dia mengaku yang dirinya pernah tidak ke kelas tuisyen. Namun perkara itu hanya sekali sahaja kerana dia dan Siti melihat pameran lukisan ketika itu. Tidak sangka pula perkara ini boleh terbongkar.

Dahlia dan Syamil turut terkejut dengan kenyataan itu. Syamsul sungguh kecewa apabila diberitahu oleh guru tuisyennya yang Sakinah tidak hadir ke kelas pada minggu lepas.

“Betul ke adik?” Tanya Dahlia.

Perlahan-lahan Sakinah anggukkan kepalanya. Hendak membela diri, rasanya dia tidak mampu untuk bersuara.

“Sebab tu lah adik asyik dapat gred yang rendah. Selalu malas nak belajar. Abah malu tahu tak sebab selalu turun naik kat sekolah adik tu. Semuanya gara-gara masalah pelajaran adik ni yang tak pernah nak meningkat. Tak boleh ke adik cuba jaga air muka abah dengan ibu.” Geram sungguh Syamsul dengan perangai anaknya sekarang. Makin dibiar, makin menjadi.

Semakin deras air mata Sakinah mengalir. Tiada niat di hatinya untuk memalukan keluarganya selama ini.

“Jangan sampai abah hantar adik dekat tempat asal adik semula.” Sambung Syamsul lagi tanpa sedar dia sudah terlepas cakap.

“Abang!” Kali ini giliran Dahlia yang menengking suaminya.

Sakinah masih terpinga-pinga dengan ayat terakhir abahnya itu. Syamil juga keliru.

Syamsul yang baru tersedar dengan kata-katanya itu segera merautkan wajahnya dengan kasar. Dia beristighfar di dalam hatinya.

“Abah cakap apa tadi? Adik tak faham…” Tanya Sakinah dengan perlahan. Semakin berdebar perasaan Sakinah ketika ini.

“Sudah adik. Pergi naik ke bilik sekarang.” Kali ini Dahlia pula bertegas dengan Sakinah.

Sakinah yang tidak mahu menambah kemarahan ibu dan abahnya, segera beredar. Sampai sahaja di bilik, Sakinah masih lagi berfikir tentang perkara yang dikatakan oleh Syamsul.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

DAHLIA memandang tajam wajah suaminya ketika ini.

“Abang dah melampau. Abang sedar tak apa yang abang cakap tadi?” Sungguh Dahlia kecewa dengan sikap suaminya itu. Tubir matanya sudah mula bergenang.

Sebaik sahaja kedua-dua anaknya masuk ke bilik, segera Dahlia mengheret suaminya masuk ke bilik tidur mereka. Dia mahu menyedarkan Syamsul sikap melulunya itu.

“Abang tak sengaja Lia. Abang pun tak sedar macam mana abang boleh tergamak cakap macam tu tadi.” Kata Syamsul dengan penuh penyesalan.

Dia juga risau jika Sakinah akan berfikir yang bukan-bukan nanti.

“Lia tahu abang kecewa dengan sikap adik, tapi ini bukan caranya abang. Kata-kata abang tu tadi seolah-olah abang menyesal terima adik dalam hidup kita.” Terus Dahlia menangis kerana terlalu kecewa.

“Astaghfirullahalazim. Bukan macam tu sayang. Abang tak pernah menyesal dengan keputusan kita dulu. Jangan macam ni Lia. Abang salah sebab terlalu ikutkan marah abang. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni.” Syamsul memeluk erat tubuh isterinya.

“Jangan buat macam tu lagi abang. Lia takut kehilangan adik. Lia tak sedia untuk kehilangan dia buat masa ni abang.” Dahlia menangis dalam pelukan suaminya.

Situasi hari ini benar-benar memberi satu kesan yang kuat dalam diri Dahlia. Dia tahu lambat laut Sakinah akan mengetahui juga rahsia itu tetapi bukan dengan cara seperti ini. Dia tidak sanggup melihat anak manja mereka menerima tamparan yang hebat apabila menerima kenyataan sebenar.

Syamsul juga berasa sangat marah dengan dirinya sendiri. Dia seharusnya bijak dalam menguruskan hal masalah anak-anak mereka. Bukan dengan cara menyakitkan hati anaknya. Dalam hati dia beristighfar menyebut kalimah Allah semoga dirinya tidak terus dikuasai amarah sehingga menyebabkan ada hati ahli keluarganya yang terluka nanti.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruWhere stories live. Discover now