Teaser 2

9.7K 526 99
                                    

Terhenti gerakan tangan Sakinah dari terus melakar lukisannya. Syamil perasan reaksi adiknya itu. Lebih-lebih lagi setelah mendengar nama Fakrul disebut. Dia bukan tidak sedar apa yang telah berlaku di antara adiknya dan Fakrul selama ini.

“Perlu ke adik buat macam ni? Tadi pun sebelum Abang Mil dengan abah balik, dia dah desak Abang Mil pasal adik. Adik tak kesian ke dengan Arul?” Soal Syamil.

“Dia sihat ke?” Tiba-tiba Sakinah bertanyakan tentang Fakrul.

Satu keluhan kasar terlepas juga di bibir Syamil. Marah kerana tahu adiknya sedang menyeksa dirinya sendiri. Tangannya menarik kasar tangan adiknya.

“Ambil telefon Abang Mil ni. Call dia. Kalau betul adik nak tamatkan semua ni, jangan biar perkara ni tergantung.” Telefon itu diserahkan kepada Sakinah.

Sakinah hanya memandang sahaja telefon itu. Tubir matanya kembali hangat.

“Kalau adik sayangkan dia, adik sendiri kena berdepan dengan dia. Tamatkan dengan cara yang baik.” Sekali lagi Syamil memberi pesanan kepada adiknya.

Tidak mahu mengganggu Sakinah, Syamil segera beredar. Sakinah sudah mula mengalirkan air matanya. Kata-kata Syamil begitu terkesan di hatinya.

Hatinya terlalu sebak kerana tahu lelaki itu sudah berada di Malaysia. Sungguh dia rindukan lelaki itu. Namun mengenangkan dirinya dalam keadaan begini, dia tidak mahu lelaki yang disayanginya itu melihat keadaannya sekarang.

Masa depannya sudah hancur disebabkan peristiwa yang berlaku di sekolahnya pada lapan bulan yang lepas. Malah, kesannya terpalit dalam dirinya buat seumur hidup.

“Abang, Kinah rindu abang...”

Luah Sakinah dalam tangisannya.

	Luah Sakinah dalam tangisannya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Berminat??
Pm/whtsp 0129284568.
Tempahan diambil sehingga 5 Mei sahaja💟💟

Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang