Teaser luluh😭

3.9K 64 13
                                    

Hari ini seperti biasa Fakrul akan melawat isterinya di ICU. Tubuh isterinya dilap dengan lembut sehingga bersih. Fakrul akan memastikan keadaan isterinya dalam keadaan baik sahaja. Aurat isterinya juga sentiasa dipastikan tertutup kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami Sakinah.

Bengkak di pipi dan kesan jahitan di kepala isterinya juga sudah mula surut. Cuma kaki kanan isterinya yang masih bersimen kerana mengalami patah tulang. Luka di tempat bahagian ceaser Sakinah juga sentiasa dilihat oleh Fakrul untuk memastikan luka itu dalam keadaan baik. Dia tidak mahu sebarang jangkitan kuman yang akan dihadapi oleh isterinya dari kesan parut ceaser tersebut.

Setelah siap membersihkan badan isterinya, barulah dia duduk di kerusi yang disediakan di situ.

“Sayang, anak lelaki kita baik-baik je dekat NICU. Comel sangat dia... macam sayang masa kecil dulu. Dia pun tak sabar nak tengok mummy dia ni. Daddy pun rindu sangat dengan mummy...” Tangan kiri isterinya dicapai dan dibawanya ke bibirnya.

Terasa rindu Fakrul untuk menerima sentuhan daripada isterinya. Jika di rumah, Sakinah suka memanjakan dirinya.

“Sayang, cepat lah sedar. Baru tiga hari sayang tak sedar  tapi biey rasa... rasa macam dah bertahun tak dengar suara sayang...” Terasa sebak Fakrul mengenangkan keadaan isterinya sekarang. Dia juga tidak tahu bila isterinya akan sedar. Segala-galanya hanya mampu diserahkan ditangan Allah s.w.t.

“Janji dengan biey, sayang akan kuat dan terus bertahan ye. Demi biey... demi anak kita...” Air mata yang berlinangan di pipinya dibiarkan mengalir begitu sahaja.

Biey pergi tengok anak kita dulu ye sayang. Nanti biey datang lagi. Tunggu biey ye.” Satu ciuman penuh kasih diberikan di dahi dan di pipi isterinya. Fakrul membetulkan selimut yang berada di badan isterinya terlebih dahulu sebelum meninggalkan isterinya.

Fakrul keluar dari bilik ICU dan menuju ke tingkat atas. Dia mahu melawat anaknya di  bahagian wad NICU. Sebelum masuk ke situ, Fakrul akan membasuh tangannya dan memakai baju yang disediakan oleh pihak NICU mengikut peraturan yang ditetapkan bagi pelawat yang ingin melawat.

Melihat bayi lelakinya yang masih belum diberi nama itu menambahkan perasaan sebak di hatinya. Disebabkan anaknya lahir tidak cukup bulan, terpaksa anaknya ditempatkan di inkubator sehingga anaknya kembali stabil dan berat badannya naik sehingga 2.2 kilogram. Ketika dilahirkan, anaknya lahir dengan berat sebanyak 1.7 kilogram sahaja.

“Assalammualaikum baby boy daddy. Cepat membesar ye. Nanti boleh balik rumah kita. Doakan keselamatan mummy. Nanti bila mummy dah sedar, boleh susukan baby...” Kata Fakrul sambil menyentuh tangan kecil bayinya.

Terbayang-bayang lagi perasaan teruja isterinya yang tidak sabar menunggu kelahiran bayi mereka. Sekali lagi dia menangis di hadapan bayi lelakinya kerana gagal mengawal perasaan sebaknya. Tidak sangka kali ini dia diuji dengan ujian yang lebih berat berbanding dulu ketika terpisah dengan isterinya.

“Ya Allah, Kau ringankanlah ujian yang Kau berikan padaku. Kuatkan aku dalam hadapi semua dugaan ini...” Lirih Fakrul berdoa di samping bayinya.

💝esok last preorder. Ini cetakan kedua ye. Next dah tak janji bila pula ada.😜
Berminat whatsp akak sekarang. 0129284568

 0129284568

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang