11|HER

10.5K 496 4
                                    

"your fingers through my hair that's on my mind"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"your fingers through my hair that's on my mind"

🔱🔱🔱

Seminggu sudah berlalu, dalam rumah mansion itu Delivia berkelakuan seperti biasa. Selalu untuk cuba larikan diri tapi orang-orang Carlo cekap kali ini. Pasti akan menangkapnya. Carlo pula sudah jarang ada di rumah dan selalu sahaja keluar rumah untuk selesaikan kerjanya. Ya kerjanya tahukan?

"Bella, dah bagi makan dekat Delivia?" soal Rubby yang baru sahaja menapak ke ruang dapur itu. Bella yang sedang mengelap meja terus menundukkan sedikit badannya tanda hormat.

"Erm saya dah letakkan makanan dekat meja bilik dia. Dia kata dia tak ada selera nak makan tuan" kata Bella atau dikenali sebagai maid yang agak muda sedikit.

"And tak paksa dia makan?" soal Rubby. Bella menggeleng perlahan.

"Kalau Tuan Carlo tahu macam mana? Habis you nanti Bella " balas Rubby risau.

"Maaf Tuan Rubby, saya dah paksa tapi dia tak nak" ujar Bella sedikit gusar. Tuan kedua ini pun seram juga kalau dah marah. Tapi masih okey berbanding tuan pertamanya iaitu Tuan Carlo. Seram selalu–

"Tak apa lah. Pergi sambung kerja" balas Rubby kemudian menapak pergi. Bella pantas menghembus nafas lega dan sambung kerjanya tadi

Rubby bergerak menuju ke bilik Delivia. Risau kalau perempuan itu tak makan. Makin hari Rubby merasakan dia kasihan pada perempuan itu dan dia perlu lindungi juga dari Carlo daripada melepaskan kemarahannya kepada Delivia. Dan dia tahu Delivia akan jadi isteri Carlo tidak lama lagi

Sekarang, Carlo tiada di rumah kerana ada perjumpaan keluarga. Kalau nak diikutkan Rubby kena datang juga tapi Carlo bagi pengecualian kerana harus menjaga Delivia di rumah itu. Rubby hanya setuju sahaja lagipun dia malas nak berhadapan dengan makcik dan pakciknya yang agak– nanti korang tahu lah

Tuk! Tuk!

"Del? " panggil Rubby setelah mengetuk pintu bilik Delivia berada.

Sunyi

Terus sahaja Rubby membuka pintu itu dan masuk ke dalam. Kosong.

"Where are you Delivia? " ujar Rubby kemudian berjalan di sekitar ruang bilik itu. Kosong –

Pap!

Pantas Rubby memandang ke arah bilik air setelah bunyi itu kedengaran. Ianya datang dari situ

"Del, you dekat dalam? " soal Rubby dan pantas menekapkan telinganya di permukaan pintu itu. Senyap

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Where stories live. Discover now