36|HEART LIES

5.8K 332 11
                                    

“Tell in your heart that I'm here, always with you until forever”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Tell in your heart that I'm here, always with you until forever”

🔱🔱🔱


Dia merenung lama wajah perempuan itu. Dia masih dapat lihat wajah cantik itu walaupun suasana di situ agak samar-samar.

Mata itu–

Aura itu–

Bibir merekah itu–

Cukup buat dia hampir gila menatap perempuan itu yang bagaikan permata buatnya.

"T-thanks–" ujar perempuan itu.

Keadaan jeda seketika sebelum perempuan itu akhirnya pergi dari lorong kecil ini.

Entah kenapa kakinya tidak bergerak untuk mengejarnya, tidak menyentuh untuk memeluk lebih lama lagi.

Sungguh tidak sangka berjumpa dengannya pada waktu sebegini.

Dirinya hanya menatap dari jauh melihat perempuan itu masuk ke dalam kereta. Melihat perempuan itu dalam keadaan yang baik sahaja sudah cukup tenang untuknya.

Dia sudah tahu bahawa perempuan itu masih hidup. Masih ada di sekitarnya cuma takdir dan waktu belum menetapkan lagi bilakah untuk bertemu.

"King, buat apa dekat sini? Ada yang tak kena ke?" ujar Elton yang tiba-tiba muncul. Carlo memandang wajah Elton.

"Tak ada apa" balas Carlo. Dirinya sempat memandang perempuan itu yang sudah masuk ke dalam kereta sebelum dia dan Elton pergi dari situ.

Sampai sahaja di tempat kawasan mereka tadi, kelihatan seorang lelaki sudah terbaring tidak bernyawa dan darah pula mengalir banyak. Kesan luka di tubuh lelaki itu, Carlo hanya pandang dengan wajah kosong.

"Buang bangkai tu dalam tong sampah" arah Carlo. Lucas yang dengar itu terus memasukkan mayat lelaki itu ke dalam guni. Elton membantu untuk masukkan kedalam tong sampah yang besar itu.

"King dah settle. Ada apa-apa lagi? " soal Lucas. Carlo memandang wajah Lucas dan Elton lama.

"Cari maklumat Delivia lagi dan bagi dekat aku. Aku nak secepatnya " arah Carlo dengan nada mendatar. Lucas dan Elton berpandangan.

Beberapa hari lalu memang mereka berdua sudah beri maklumat tentang Delivia yang masih hidup. Mula-mula Carlo seperti tidak percaya akan berita itu, tapi melalui gambar dan maklumat yang sudah di sampaikan melalui Elton dan Lucas, membuatkan diri Carlo bagaikan terpaku.

"Kenapa King tak cari sendiri? " soal Lucas. Carlo memandang tajam ke arah Lucas.

Pakk!

"Sakit bodoh! " jerit Lucas saat kepalanya diketuk dengan pistol yang di pegang oleh Elton.

"Jangan banyak tanya boleh? " ujar Elton lalu memandang wajah Carlo pula.

"Nanti aku dengan Lucas cari maklumat tu. Tapi– tadi King tiba-tiba hilang sebab apa? " soal Elton curiga.

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Where stories live. Discover now