46|KING•BEAUTIFUL LIAR

5.1K 304 17
                                    

“The game is over”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“The game is over”

🔱🔱🔱

Tuan Kenzo menyuruh Delivia duduk di atas lantai. Namun, Delivia tidak mahu duduk. Dia sudah tidak tahan dengan perangai Tuan Kenzo ini. Suka mengarahkan orang sahaja. Dalam fikiran Delivia, mereka berada di tempat luar, peluang untuk larikan diri masih ada bukan?

"Duduk sebelum aku bagi kepala kau dekat King " paksa Tuan Kenzo. Akhirnya, Delivia terpaksa duduk melutut di atas lantai itu. Sesekali, Delivia menutup hidungnya saat asap yang di hembuskan oleh Tuan Kenzo mengenainya.

Tuan Kenzo masih menikmati asap dari rokok itu dan tangan kirinya elok sahaja di masukkan ke dalam pocket seluarnya. Orang kanannya masih berdiri di sisi Tuan Kenzo dan ada beberapa lagi orang-orang Blue Wolf berdiri berbaris di tepi ruang bilik ini.

Delivia memandang sekeliling, sekarang mereka sudah berada di satu ruang sedikit besar seperti di dalam ruang yang kosong. Tiada perabot dan isi dalamnya tiada. Kenapa Tuan Kenzo membawa dirinya ke sini?

"Tuan, kejap lagi dia akan sampai" orang kanan Tuan Kenzo mula berbisik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Tuan, kejap lagi dia akan sampai" orang kanan Tuan Kenzo mula berbisik. Delivia dapat mendengar bisikkan itu kerana Tuan Kenzo berada dekat dengannya.

"Bagus. Dia sorang ke? " soal Tuan Kenzo.

"Tak. Dia bersama empat orang konco dia" balas orang kanan Tuan Kenzo.

"Pastikan dia tak membelot. Aku dah muak asyik jumpa orang yang suka membelot ni" balas Tuan Kenzo.

"Tak. Kali ni dia pegang janjinya. Yang lain sudah siasat kedatangan dia ke sini. Tiada apa yang mencurigakan" jawab orang kanannya.

"Bagus. Pastikan bersedia jika ada apa-apa yang berlaku. Lepas perempuan ni dah dijual, kerja kita selesai" balas Tuan Kenzo.

Delivia mula mencarut dalam hati. Betul apa yang dia fikirkan bahawa dia akan dijual kejap lagi. Kedua jemarinya mengenggam kuat pada bajunya. Dirinya sudah cemas.

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Where stories live. Discover now