4|RAHSIA

11K 539 9
                                    

“Who's waking up to drive you home when you're drunk and all alone ”

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

“Who's waking up to drive you home when you're drunk and all alone ”

🔱🔱🔱


Aku menelan air liur aku. Terasa makin kelat bila dalam situasi begini.

"Aku- aku ttak -"aku sudah tergagap. Okey Del terima lah nasib kau! Siapa suruh lari dalam lorong sunyi ni.

"Apa? Kau cakap apa aku tak dengar lah" kata lelaki botak itu. Kawannya sudah mengosok bawah dagunya memerhatikan aku.

"Ehh apa tu!!! Tengokkk!!!"aku cuba menjerit seolah-olah aku terkejut ada sesuatu ditepinya. Dengan suara nyaring aku mungkin dia terkejut dan terus memandang tempat aku tunjuk itu. Masa teremas ini lah peluang aku!

Aku pantas berlari lalu celah mereka. Kerana di situ sahaja ruang laluan yang ada. Jalan ini sempit. Baru sahaja aku melepasi mereka badan aku ditarik kuat. Mereka terus memeluk aku dari belakang

"Lepaskan aku!!! "Jerit aku sambil bergelut dengan lelaki botak itu.

"Kau tak boleh lari lagi. Kalau Dragon aku tak dapat bunuh, kau aku dapat bunuh tak apa juga"kata lelaki itu.

Badan ku di campak pada kotak-kotak yang berada di tepi situ. Aku mula takut. Apa yang diorang nak buat ni?

"Tutup mata "kata lelaki itu. Aku menggeleng.

"Okey"balas lelaki itu. Dia menyeluk sesuatu di belakang pinggangnya dan teserlah pistol itu dituju ke arah aku. Kenapa asyik pistol sahaja ada dekat pandangan aku?

"Tolong jangan bbunuh aku-"aku sudah seakan merayu. Kali ini aku sangatlah takut. Jantung aku sudah tak menentu.

"Shutt-" pujuk lelaki itu. Pantas dia menarik picu dan

Bang! Bang!

Aku sudah menutup mata. Sakit- sangat sakit. Sakit? Jap! Aku terus membuka mata aku

"Daddy? " soal aku terkejut. Dua orang lelaki itu sudah tumbang berlumuran darah di dadanya.

"Delivia okey? "Soal daddy dengan sedikit gusar . Dua orang bodyguard daddy memeriksa lelaki itu

"Kan daddy dah kata bahaya keluar sorang-sorang. Tengok apa dah jadi? Nasib baik daddy keluar bila Del tak sampai-sampai tadi" kata daddy sambil pistolnya di masukkan kembali belakang pinggangnya

"Daddy bunuh mereka? " soal aku. Jadi daddy pembunuh? Bibir aku bergetar. Aku takut. Mummy- Del takut

"Heii, jangan takut. Nanti balik daddy terangkan" kata daddy.

"Boss, ini anak buah snake" kata bodyguard daddy tiba-tiba. Aku mengerut dahi. Snake? Lucu betul nama itu. Tak ada nama lain ke? Letak lah nama cute sikit, mimi ke tompok ke kan?. Okey aku memang tak tahu berkaitan benda semua ini.

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon