7|BEKU

10.5K 529 9
                                    

She got me going psycho

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

She got me going psycho

She got me going down, down, down

Got me living on a tight rope

She got me going down, down, down

-Carlo Kyle

🔱🔱🔱

[New York]

Aku membuka mata aku perlahan-lahan. Silauan kuat mula menyengat mata aku. Pantas aku menutup gunakan kedua tapak tangan aku. Aku perlahan bangun dan duduk di atas katil ini. Melihat keadaan sekeliling sunyi sepi. Tapi bilik ini seakan rumah kaya dan besar. Aku pandang baju aku lama

"Baju siapa ni? " soal aku pelik. Baju gown putih labuh hingga ke lutut. Aku merasa sesuatu balutan di kepala. Baru aku sedar yang aku jatuh gaung. Nasib baik hidup lagi tapi-

"Siapa lelaki tu? " soal aku sendiri. Aku macam ada teringat seorang lelaki masa dekat hutan. Otak aku semakin berdenyut.

"Stop Del, now kau kena bangun! " kata aku. Ya aku pantas bangun dari katil itu dan melangkah ke arah pintu bilik. Baru sahaja aku hendak memulas tombol pintu, kedengaran pintu dibuka

Klik-

Badan aku terkaku. Pergerakan aku terhenti. Seakan degupan jantung aku juga terhenti. Seorang lelaki berdiri hampir dengan aku.

"Arr-"aku hilang kata saat mata birunya menajam memandang kedua milik mata aku

Mata itu seakan menusuk ke kalbu

Panahan dua anak mata itu cukup buat jantung aku bergetar hebat

"Siapa-"baru sahaja aku nak buka mulut, jari telunjuknya mendarat di bibir aku. Mata aku lagi tadi tidak di alihkan ke arah lain. Seakan mata birunya itu ada magnet menarik mata aku untuk menatapnya. Aku seperti berada di dunia fantasy aku sendiri. Merenung lelaki pertama yang betul-betul berada di hadapan aku

I'm scared

I've never fallen from quite this high

Falling into your ocean eyes

Those ocean eyes

"Dah bangun? "Soalnya menyentak lamunan aku. Aku menelan air liur dan mahu tertunduk ke bawah. Tapi lain jadinya bila mata aku terkaku di dadanya tanpa pakaian. Tubuhnya ada balutan antara bahu terus ke pinggang. Badannya cukup berotot.

"Arr- awak siapa?" soal aku. Aku berundur setapak ke belakang menjauhi darinya. Lelaki itu diam dan terus masuk ke bilik ini.

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon