17|DANGER

9K 382 12
                                    

As long as you love me,

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.


As long as you love me,

I'll be your platinum

I'll be your silver

I'll be your gold

-Carlo Kyle

🔱🔱🔱

Sampai sahaja tempat Carlo tuju, kami bertiga turun dari kereta. Aku memandang pandangan laut di hadapan aku. Cantik sekali. Ada jalan jambatan kayu yang menuju ke arah kapal di tepi tebing laut itu. Kawasan Italy sememangnya sesuai untuk dibuat lokasi melancong.

Aku memandang ke arah Carlo. Segak dan tak pernah tak segak. Cermin mata hitam itu sesuai di pakai olehnya. Wajahnya kelihatan sedikit merah-merah saat cahaya matahari menyapa di permukaan kulitnya. Bibirnya merah itu cukup buat aku berada di dalam dunia khayalan.

Nampak sahaja Carlo memandang ke arah aku, cepat-cepat aku memandang ke hadapan semula. Aku dapat rasakan senyuman terukir di bibir merahnya itu. Entah kenapa aku tersenyum gedik pula

Ha sudah!

"Kita buat apa dekat sini? "Soal aku sambil melihat suasana laut itu. Angin di sini cukup buat aku rasa nyaman. Tenang sahaja.

"Kita pergi makan-makan? " balas Carlo kemudian menapak ke arah aku. Tangan kanannya itu mula memeluk pinggang aku dari sisi. Aku menelan air liur. Sungguh selama ini, dia adalah lelaki pertama selalu buat bergitu.

"Seriuslah King? " sampuk Lucas dengan matanya mula bersinar-sinar. Sengihan dipamerkan sambil mengosok perutnya itu. Carlo menjeling ke arah Lucas. Aku hanya tersenyum sahaja melihat perangai Lucas. Lapar lah tu.

Kalau orang tidak berbual dengan Lucas, pasti anggap Lucas adalah seorang yang tegas dan garang. Tetapi kalau sudah bersembang, memang jauh sekali andaian itu. Mengalahkan Rubby sahaja.

"No just kidding " balas Carlo laju. Lucas pula mencebikkan wajahnya.

"Dah tu buat apa dekat sini? " soal Lucas sambil menjeling Carlo. Aku hanya ketawa dalam hati sahaja melihat Lucas.

"Jumpa seseorang " jawab Carlo. Pandangannya melihat sekeliling, kemudian menarik aku untuk melangkah ke sesuatu tempat. Aku hanya turuti sahaja. Lucas juga ikut bersama.

Berhenti sahaja, aku sudah nampak sebuah kapal sedikit besar. Masa datang ke sini, memang tak nampak kapal ini kerana ianya berada jauh sedikit.

"Jom"ajak Carlo. Kami lalu di atas laluan jambatan kecil ini menuju ke sebuah kapal. Kami masuk ke dalam kapal itu. Beberapa orang lelaki berpakaian kot hitam memandang kami dengan tajam. Terasa bulu roma aku sudah naik. Carlo mengetatkan pelukkan di pinggang aku.

"I'm King" kata Carlo pendek. Lelaki dihadapan kami memegang sesuatu alat di telinganya atau lebih tepat earpiece, kemudian menangguk kecil kepada Carlo.

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Où les histoires vivent. Découvrez maintenant