0.0|◀prolog◀

22.7K 817 16
                                    

[Malaysia]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


[Malaysia]

"Adam! Letak rambutan tu dekat dalam bakul ni, jangan bawak lari eh aku penat panjat pokok tu" marah Delivia sambil bercekak pinggang melihat Adam tersengih mengambil sedikit rambutan di tangannya

"Alah Del, kan kita panjat sama-sama, bagi lah aku sikit" pinta Adam sambil membuat muka kesian

"Tak boleh! Tadi kau kata tak nak, just nak tolong aku je kan? " ujar Delivia sambil mengambil rambutan di tangan Adam. Cepat-cepat dia masukkan rambutan itu ke dalam bakul.

"Alah Del tu tadi, sekarang macam terliur pulak tengok rambutan yang merah ni" ujar Adam lagi sambil dekat dengan Delivia yang sudah mengangkat bakul untuk bergerak pulang

"Nak amik 2 jer. Dah aku nak balik" balas Delivia sambil meletakkan 2 biji rambutan itu ke tangan Adam

"Dua pun bolehlah. Cepatnya balik Del" ujar Adam

"Dekat rumah aku ada kerja lah Adam" balas Delivia

"Alah ni mesti ayah tiri kau suruh buat kerja dekat rumah kan? " bebel Adam sambil memasukkan sebiji rambutan ke dalam mulut. Manis! Kulitnya di campak ke atas tanah sahaja

"Dah dia ayah tiri aku nak buat macam mana" balas Delivia

"Eh jap. Kau tak nak cari ayah kandung kau ke Del? " soal Adam

"Aku tak tahu dia dekat mana. Mummy aku cuma bagi tahu yang ayah kandung aku masih hidup dan mummy aku tak tahu dia dekat mana" ujar Delivia sambil menghela nafas. Sejak dia lahir, sudah tiada ayah di sisi. Hidup dia dekat kampung ini pun hanya ada dia dan mummynya sahaja. Masa umur 15 tahun, mummy dia buat keputusan untuk berkahwin lain sebab nak tanggung pembelajaran dia di sekolah.

"Aku faham Del. Erm Del, kitakan dah 18 tahun jadi minggu depan mak aku nak hantar aku belajar dekat luar negara, aku-" Adam memandang Delivia yang masih merenungnya

"Tak apa, kau pergi lah sambung belajar. Aku rasa aku tak kut sebab kau tahu kan keadaan keluarga aku macam mana" balas Delivia sambil tersenyum hambar. Ayah tirinya pula tidak lah kaya dan hanya kerja biasa-biasa sahaja.

"Del, aku minta maaf sebab tak dapat luang masa dengan kau. Aku terpaksa" balas Adam serba salah. Dulu mereka ada berjanji untuk sambung belajar sama-sama tapi keadaan pula tak mengizinkan

"Tak apa lah Adam. Aku balik dulu dah nak senja ni bye" ujar Delivia lalu pergi dari situ. Adam mampu memandang Delivia pergi jauh darinya

"Aku minta maaf Del. Aku janji akan jumpa kau lagi" ujar Adam lemah

🔱🔱🔱

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Where stories live. Discover now