33|WHO

5.7K 313 24
                                    

"I guess I kinda liked the way you numbed all the pain"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I guess I kinda liked the way you numbed all the pain"

🔱🔱🔱

Orang ramai sudah mula bergerak pulang dari tanah perkuburan islam ini. Selapas arwah Adam dikebumikan, Delivia dan Leader pergi ke kubur arwah mummy mereka pula. Tempat mereka di kebumikan adalah sama tempat perkuburan. Mereka berdua sedekahkan Al-Fatihah kepada mummynya.

Akhirnya mereka berdua bergerak pergi dari perkuburan itu. Delivia behenti kemudian berdiri di sebalik pagar kawasan perkuburan itu. Matanya masih merenung kubur arwah Adam yang sudah selamat dikebumikan.

Cermin mata hitam dibuka oleh Delivia. Selendang hitam dibetulkan sedikit. Dia memandang sayu pada kubur Adam itu.

Sungguh tak sangka pemergian kawan seorangnya itu sudah pergi. Delivia masih tidak tahu punca dan arah mana datangnya tembakan itu.

"Kakak-" Leader yang berdiri di sebelah kereta miliknya mula memanggil Delivia yang masih tidak berganjak itu.

Delivia memusingkan tubuhnya memandang ke arah Leader.

"Jom balik" ajak Leader. Delivia membalas angguk. Pandangan buat kali terakhir di kubur Adam di lihat sekejap oleh Delivia. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Terima kasih Adam- sebab datang dalam hidup aku walaupun tidaklah lama-" ujar Delivia perlahan.

Akhirnya mereka berdua bergerak pergi meninggalkan perkuburan itu.

Skip-

"Semua dah packing? " Leader mula menyoal pada Delivia yang sudah meletakkan beberapa beg di bonet kereta itu. Delivia menghela nafas

"Kenapa kita kena gerak pergi New York pula? Kenapa tak nak duduk je dekat sini? " soal Delivia.

Selepas sahaja selesai arwah Adam di kebumikan, balik ke rumah terus Leader menyuruh kemas barang. Hans pula hanya diam tidak membantah.

"Kakak- kita kena balik sana juga" balas Leader yang sudah bersiap itu. Delivia mencekak pinggangnya.

"Kenapa? Ada sesuatu benda yang kakak tak tahu? Ha adik? " soal Delivia lagi.

"Bukan. Nanti adik cerita. Sekarang cepat kemas. Amik yang penting sahaja. Dekat sana adik boleh belanja pakaian baru kalau tak cukup" balas Leader tenang. Delivia mengecilkan matanya memandang kembarnya itu. Tahulah kaya.

Akhirnya mereka bertiga bergerak dari rumah dan menuju ke airport.


🔱🔱🔱

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Where stories live. Discover now