35|OCEAN EYES

5.7K 354 26
                                    

"Please remember, these warm memories"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Please remember, these warm memories"

🔱🔱🔱

"Haishhh! " aku menutup buku dengan kasar. Sungguh sekarang ini aku tengah bosan. Tak tahu dah nak buat apa. Leader pula asyik tak ada sahaja di rumah. Kata nak bawa aku jalan-jalan dekat Italy ni tapi semua tu tipu!

Aku bangun dari kerusi dan melangkah ke arah katil, tubuh aku di hempas ke atas katil. Tubuh aku mula berguling-guling di atas tilam yang hempuk ini.

"Hermm-" aku memandang siling di atas. Kosong.

Sama macam hati aku sekarang ini,

Rasa seperti terlalu kosong,

Dan sunyi-

Aku ada hilang apa-apa ke dalam hidup aku?

Krek-

Aku tersentak saat pintu bilik berbunyi.

Aku memandang ke arah pintu bilik aku yang sudah separuh tebuka itu. Hans berkedip mata banyak kali saat berdiri di muka pintu itu sambil merenung aku.

"Del- tak ikut Leader? " soal Hans sambil menggaru tepi kepalanya. Aku juga memandangnya seketika

"Leader pergi mana? " soal aku hairan. Tidak pula dia berkata kepada aku untuk keluar rumah. Malah sejak pagi tadi dia diam sahaja tidak banyak bercakap. Sekarang sudah waktu malam, kemana pula dia pergi?

Selepas beberapa hari kejadian kecil di mana perut aku ditusuk oleh pisau, perangai Leader seakan berbeza dari sebelum ini. Sekarang sudah seminggu berlalu. Bekas tusukan di perut aku bertambah baik dan tidak lah serius sangat.

"Rasanya Leader ada bagitahu aku yang dia ada ajak kau untuk cari siapa yang-" Hans berhenti berkata. Cepat-cepat telapak tangannya menutup mulutnya.

"Cari siapa Hans? " soal aku lagi. Wajah Hans kelihatan risau sekali. Ada sesuatu yang aku tak tahu ke?

"Huh? arr- tak ada siapa" balas Hans menggeleng kepalanya laju. Kemudian dia membalas sengihan.

"Del berehat sahaja dalam bilik, aku nak keluar kejap" pinta Hans laju dan cepat-cepat dia menutup pintu itu.

Aku terdiam seketika

"Sekajap, bukan aku tengah bosan ke sekarang ni? " aku berkata perlahan.

"Hans-" namanya aku sebut perlahan.

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Where stories live. Discover now