50|LET ME GET YOU

5.6K 261 10
                                    

“Even my dreams that are so far away, I promised I wouldn't let go”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“Even my dreams that are so far away, I promised I wouldn't let go”

🔱🔱🔱

Bunyi dentuman lagu di dalam club itu, membangkitkan suasana gembira bagi orang-orang yang sedang menari seperti tidak ingat dunia.

Rambut perang, jalan dengan penuh menggoda serta senyuman nakal sempat di berikan oleh Whitney. Beberapa orang lelaki yang sedang melihat Whitney bersiul nakal.

Whitney jalan melepasi mereka lalu menuju ke arah seorang lelaki berumur 40-an sedang duduk di tepi dinding itu. Whitney terus duduk bersama orang itu.

"Kerja kau dah buat? " soal lelaki itu atau lebih dikenali sebagai Mike. Rakan bisnes Whitney lebih kurang.

"Dah, tapi  ada sangkut sikit. Isteri dia dah ada kan" balas Whitney lalu menuang air dari botol itu ke dalam glass, kemudian diteguk rakus. Sudah lama dia tidak ke club ini semenjak sudah bekerja di syarikat Carlo Kyle itu.

Whitney tersenyum sinis saat mengingati pelbagai peristiwa yang sudah lepas.

"Apa-apa pun kau kena dapatkan dia juga. Banyak kelebihan kalau kau dapat dia nanti" ujar Mike yang sedang merokok itu.

"Aku tahu lah kerja aku" balas Whitney.

Beberapa minit setelah Whitney berada di situ, kelihatan ada tiga perempuan yang di bawa masuk ke dalam club oleh beberapa bodyguard Mike. Whitney memandang mereka.

"Bos, malam ni hanya ada tiga orang je dapat" ujar salah seorang bodyguard Mike.

"Tak apa, asalkan ada stok baru" balas Mike lalu tersenyum puas.

"Ni duit korang, amik lepastu masukkan diaorang kat tempat biasa" arah Mike sambil meletakkan satu bungkusan coklat di atas meja bulat itu.

"Baik bos! " jawab bodyguard Mike lalu mengambil bungkusan coklat yang di beri oleh Mike tadi. Tiga perempuan yang sudah terikat, di bawa paksa ke tempat Mike katakan tadi. Mike menghisap rokok sambil matanya gatal memandang beberapa perempuan seksi yang sedang mencari di ruang tengah club ini.

"Aku nak tengok perempuan tu semua kejap" Whitney terus bangun dari sofa lalu menuju ke arah belakang tempat semua pelacur yang Mike simpan. Mike hanya membalas dengan anggukan.

Tap

Tap

Whitney berjalan melepasi beberapa bilik sambil memandang permukaan pintu yang ada lobang kecil menampakkan orang di dalamnya. Ada yang sedang menunggu pelanggan dan ada yang sedang membuat projek. Whitney tersenyum sinis saat mendengar suara jeritan dari mereka. Sudah tentu sedang melayan nafsu lelaki.

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Where stories live. Discover now