29|PAIN

6.4K 342 20
                                    

Need a place to hide,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Need a place to hide,

But i can't find one near,

Wanna fell alive outside ,

I can fight my fear.

Delivia Elyn


🔱🔱🔱


Leader masih merenung tubuh Delivia yang tidak bergerak itu. Wajah Delivia kelihatan sedikit pucat. Jemarinya mula mengusap perlahan di kepala Delivia yang berbalut dengan kain putih itu.

"Kakak– bila kau nak bangun? " Leader membisik perlahan. Wajah itu di renung lama. Masih ada kesan luka di wajah itu. Sudah hampir dua hari Delivia tidak sedarkan diri. Jadi Leader terpaksa bermalam menemani Delivia di hospital.

Krekk–

Pintu wad di tolak oleh Hans. Kedua tangannya membawa bungkusan makanan. Hans meletakkan makanan itu di atas meja lalu dia duduk di kerusi sambil merenung mereka berdua. Sedikit sayu melihatnya kerana Leader dapat jumpa kakak kembarnya itu. Tapi malangnya, kemalangan kecil berlaku ke atas Delivia .

"Leader– makan dulu. Nanti perut masuk angin. Dari malam tadi kau tak makan. Ini dah masuk tengah hari " ujar Hans.

Leader hanya diam. Dia masih duduk di sebelah Delivia sambil tangan kanannya mengusap wajah Delivia manakala, tangan kirinya pula di gengam erat jemari Delivia.

Hans menghela nafas risau.

"Daniel Ahlan, please eat some food" Hans memanggil Leader dengan nama penuh. Payah juga kalau tak dengar cakapnya. Nak ikut kepala batu dia je.

"Just put it there. I'll eat it later" Leader menjawab laju. Tapi pandangannya masih meratapi wajah Delivia.

Hans hanya mengangkat kedua bahunya. Malas nak cakap lagi. Dia mengambil satu bungkus itu yang di beli untuk dirinya. Lagi satu bungkus di tolak ke tepi untuk Leader.

Suasana sepi kembali. Hanya bunyi mesin yang menunjukkan turun naik graf sahaja kedengaran di kala ini.

"Dia ada cakap apa-apa? " selepas beberapa minit, Leader mula bersuara.

"Dia hanya tanya melalui mesej. Tentang bukti yang dia dah mati ke belum" balas Hans. Leader diam kembali.

"Jangan risau, kes tu dah keluar dekat TV waktu berita semalam. Jadi dia mungkin dah tengok bukti itu" balas Hans.

"Baguslah–" balas Leader.

🔱🔱🔱

Prangg!

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Where stories live. Discover now