12|IT'S ALWAYS YOU

10.5K 478 25
                                    

"Would Rose bloom? Could Rose bloom again? "

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

"Would Rose bloom? Could Rose bloom again? "

🔱🔱🔱


[New York]

Tukk! Tukk!

"Masuk" balas Tuan Romeo. Kertas kerja yang sedikit berselerak di atas meja itu di kutip lalu disusun

Beberapa anak buahnya bersuit hitam lengkap masuk ke dalam bilik itu. Tuan Romeo mengangkat kening apabila melihat anak buahnya sedang memegang seorang lelaki yang sudah tak bermaya.

"Tuan Romeo, lelaki ni cuba untuk curi duit syarikat " ujar anak buahnya yang bernama Shen. Shen ialah penganti Frank yang sudah mati terbunuh pada malam itu dimana Tuan Romeo ditembak dan Delivia pula diambil oleh Mike

"Kau pasti? "Soal Tuan Romeo

"Saya pasti Tuan Romeo" balas Shen dengan yakin. Tuan Romeo tersenyum kecil

"Bagus, bawak dia pergi dan bunuh. Aku tak nak orang-orang macam ni hidup dekat dunia ni" balas Tuan Romeo

Shen menangguk kecil kepada kedua lelaki itu yang masih memegang mangsa itu untuk dibawa keluar.

"Kami keluar dulu" balas Shen lalu pergi bersama mereka tadi.

Tuan Romeo menghela nafas. Frame gambar yang ada di atas meja kerjanya di ambil lalu di usap.

"Delivia, daddy rindu kamu" ujarnya perlahan. Wajah anaknya yang tersenyum manis di dalam gambar itu membuatkan dia tersenyum juga.

Sekarang, hidupnya sudah berlainan sedikit. Beberapa anak buahnya yang sudah mati ketika aksi menembak pada club hari itu, telah digantikan dengan anak buah yang baru. Ini semua anak buah Carlo Kyle yang disuruh untuk menjaga bagi pihak Tuan Romeo pula.

Pada mulanya, dia menolak tapi disebabkan Delivia akhirnya dia menerimanya.

Syarikat yang sedang di uruskannya ini juga satu-satunya kepunyaan Carlo Kyle yang ada di bandar New York ini. Carlo memberikannya juga.

Setiap malam, dia akan selalu berhubung dengan Carlo tentang keadaan Delivia. Ya, dia percaya yang Carlo boleh menjaganya dengan baik dan dia tahu tentang Carlo yang ingin berkahwin dengan Delivia. Tuan Romeo setuju sahaja sebab dia tahu itu yang terbaik untuk Delivia.

Pada masa yang sama, dia serba salah juga kerana membuat keputusan tanpa pengetahuan Delivia, tapi disebabkan keadaannya yang jauh, dia tidak boleh buat apa selain berharap pada Carlo sahaja.

[C]Black Crown|Mafia • 𝐵𝒞𝑀✓ Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon