Bahagian 1: Permulaan untuk pengakhiran

2.3K 81 7
                                    

          "Aku terima nikahnya Laila Marsya Binti Said dengan maskahwin dua ribu lima ratus ringgit tunai.." Setelah sekali lafaz, Marsya sudah sah menjadi isteri Darwish Zaffar, atau lebih dikenali sebagai bekas suami Nur Aini, CEO Ahzi.

Setelah Aini meninggalkan dunia untuk selamanya, hidup Marsya seperti tidak tentu arah. Sebelum ini, Aini adalah orang yang selalu menyokongnya walau apa jua keadaan sekalipun. Hatinya masih ragu-ragu dengan keputusan yang dibuatnya. Namun ia pasti, tindakannya kini adalah yang terbaik bagi kedua belah pihak.

"Kau tak nak pakai cincin?" Suara bisikan Zaffar menyapa di telinganya membuatkan ia tersentak.

Ia mengangguk kecil, lalu menghulur tangannya untuk disarung cincin berlian oleh suaminya, atau selalu digelar olehnya sebagai Tuan Darwish.

"Kau jangan nak buat hal dekat sini." Zaffar sempat berbisik kepada isterinya, atau lebih dikenali sebagai bekas pengawal peribadi Almarhum isterinya.

Marsya menelan air liurnya, "Tabahlah wahai hati.." Desis hatinya.

Setelah selesai sesi menyarung cincin, masa untuk Marsya menyalam tangan Zaffar, ia dengan perasaan takut berbaur sedih menarik tangan Zaffar yang memang sudah dihulurkan buat beberapa lama. Ia mula menyalam tangan yang sejuk tersebut, sama seperti tangannya juga yang sejuk cemas.

"Usaplah dahi isteri kamu tu Zaf." Ujar Puan Dalila, ibu mertuanya yang merupakan ibu Zaffar, kepada mereka berdua yang melakukan sesi acara bersalaman.

Zaffar lantas menarik tangannya kembali dan menyebabkan Marsya mengusap wajahnya lantaran tangan jejaka itu terhentak kuat ke tulang hidung miliknya. Marsya memandang suaminya yang hanya menayang senyuman tawar kepada Puan Dalila yang duduk tidak berjauhan dari tempat mereka berada.

Ia menghela nafasnya yang panjang sebelum memandang wanita yang berwajah kacukan belanda itu dengan perasaan tidak puas hati. Marsya perasan akan hal tersebut hanya terdiam. Dan sebaik sahaja mata mereka bertentang, sebuah amaran ditujukan padanya.

"Siap kau." Zaffar memberi isyarat dengan mulutnya tanpa bersuara. Meninggalkan Marsya terkedu seketika sambil menelan air liurnya buat kali ke 15287878, terasa kehangatan tangan suaminya singgah di dahi yang agak sejuk.

~~~~~~~~~~

Marsya mengangkat baju putihnya yang labuh mencecah lantai, agak susah baginya untuk jalan berjalan dalam keadaan sebegitu. Matanya meliar ke kiri dan kanan. Majlis yang dibuat secara kecil-kecilan itu tidak semeriah suasananya, sama juga dengan situasi perasaan yang dihadapinya kini.

"Mar nak Afiq tolong?" Suara seseorang yang amat dikenalinya menyapa di belakang.

Ia menoleh dan mendapati Afiq sedang berdiri tegak sambil menunjuk pada kain bajunya yang labuh itu. Kelihatan kemas dengan baju tuksedo biru gelap.

"Bukan itu Mummy baru kita ke Afiq?" Suara lain pula mencelah masuk.

Marsya menghela nafasnya panjang apabila jejaka yang dulu pernah meluahkan perasaan kepadanya kini berada di hadapan.  Ariffin yang berdiri di samping Afiq hanya menumpukan perhatiannya terhadap skrin telefon bimbitnya. Rambut yang terjuntai di dahi menghalangnya dari bertentang mata.

Marsya menggenggam erat renda jarang dilapisan luar bajunya, lalu memaksa sebuah senyuman, "Dah makan?"

"Kau tak payah nak berlagak baik sangat, Laila Marsya. Lepas apa yang dah jadi, kau nak jadi mak tiri kita orang pula?" Jawab Ariff dengan selamba seakan memerli.

Namun pandangannya tidak terlepas dari skrin telefon, manakala Afiq memeluk leher abangnya itu sambil tersenyum sinis.

"Ariff, itu kan Mummy baru kamu, kenapa cakap macam tu?" Suara seorang wanita hadir di gelanggang telinga. Ternyata wanita yang berada dalam lingkungan 50 an itu sedang menuju ke arah mereka berada. 

"Hmm.. tak apalah, kita pergi dulu Gran." Ariff lantas menarik bahu Afiq dan berlalu meninggalkan tempat itu.

Wanita itu hanya menggeleng kepalanya, "Mar tak nak masuk ke? Zaf tengah layan kawan dia kat dalam." Puan Dalila mengajak Marsya yang sedikit resah.

Apabila tiada sebarang respons dari Marsya, Puan Dalila memegang tangan Marsya yang masih sejuk sejak diijab kabulkan sebentar tadi.

"Mar, Mama harap kamu boleh jaga Zaffar dengan baik, bimbing dia, itu yang arwah Aini nak kan?" Ujar Puan Dalila menenangkannya. Marsya hanya tersenyum kecil, ragu-ragu akan keputusan yang akan dihadapinya untuk jangka masa yang belum dikenal pasti.

"Puan.. kita berbual kat dalam ya.. jom masuk." Tutur Marsya sambil menarik lembut tangan Puan Dalila. 

"Tak payah Puan lagi dah, panggil Mama saja." Puan Dalila tersenyum memandang wanita yang kini sudah menjadi menantunya.

~~~~~~~~~~

Sesampai mereka berdua di dalam ruangan rumah milik Dalila itu, kelihatan tetamu semakin sedikit bermakna kebanyakan mereka sudah meninggalkan rumah Mansion tersebut.

"Saya pergi tukar baju kat atas dulu, boleh?" Beritahu Marsya, kata-kata yang diselitkan soalan di akhirnya. Keberadaannya yang juga tidak membantu situasi. Mungkin merumitkan lagi keadaan, ditambah pula dengan bajunya yang labuh.

"Tau bilik Zaf kat mana kan?" Puan Dalila sengaja menyoal, mengingatkan Marsya. Wanita itu tersenyum tawar, lalu mengangguk kecil.

Dengan penuh berhati-hati ia melangkahkan kaki ke anak tangga berhampiran. Lagi pula dengan kain bajunya yang labuh membuatkannya lebih susah untuk bergerak bebas. Ia memandang sekeliling bilik yang bertemakan putih emas dengan tercungap-cungap sebelum mengambil nafas lega.

"Akhirnya." Gumamnya. Perasaan ragu-ragunya kini terlintas, namun cepat-cepat ia sangkal.

Pintu dikuak kasar setelah Marsya selesai dari menyalin bajunya, Zaffar melangkah masuk dengan riak wajah tanpa sedikit pun senyuman. Marsya lantas bangun dari duduknya, menuju ke arah suami yang sedang menanggalkan kot putih. Ia menghulur tangan dengan niat ingin berkhidmat, namun ditolak kasar oleh pemiliknya yang hanya mencampakkan kot itu ke lantai

"Jangan ingat aku akan terima kau senang macam tu je, sedar diri yang kau tu siapa.. langsung tak ada rasa bersalah nak jejakkan kaki dalam bilik ini." Ujar Zaffar dengan nada tidak senang.

Marsya hanya tunduk memandang lantai. Resah gelisah serta cemas kini menyelubunginya.  Bilik yang dahulu kala milik orang yang ia amat hormati. Zaffar sempat memandang sekilas akan wanita di hadapannya. Dan seperti yang dijangkakan, wanita tersebut kelihatan tidak keruan.

Lalu tanpa berlengah lagi, ia mencengkam erat kedua bahu wanita itu dengan kedua tangan, "Kau jangan ingat aku akan anggap kau sebagai isteri aku." Ujarnya tepat pada muka Marsya yang jarak hanya seinci sahaja daripadanya.

Marsya hanya menelan air liur tanpa memandang lelaki itu sedikit pun.

"Kau memang takut nak pandang muka aku ke apa?" Zaffar mencabarnya.

"Bukan selama ni kau berani bertentang mata dengan musuh?" Perkataan yang diungkapkan dengan nada memerli.

"Pandang muka aku bila aku tengah cakap boleh tak?" Zaffar meninggikan suaranya memenuhi ruangan.

Marsya tersentak, perlahan ia mendongak memandang lelaki yang bermata hijau kebiruan serta tersirat penuh makna. 

"Kau dengar sini, aku tak akan maafkan kau, buat selamanya."


Wanita Berbakat ✓ {Editing}Where stories live. Discover now