Bab 6: The Hunters and A Girl

411 46 0
                                    


Mata birunya galak memandang liuk lentok api yang marak di depannya. Meskipun begitu, fikirannya melayang jauh meninggalkan jasad yang duduk kaku di depan unggun api.

Lamunan lamanya terhenti saat disapa seseorang.

"Apa yang kau fikirkan?" soal Direz yang entah sejak bila muncul.

"Tak perlu kau tahu."

Emilia memusingkan tubuhnya, mencapai beg galas yang berada tidak jauh dari posisi duduknya.

Setelah berjaya mengambil beg tersebut, wanita itu mengeluarkan beberapa bilah pisau belati yang terdiri daripada pelbagai warna dan reka bentuk. Batu pengasah turut dikeluarkan dari dalam beg yang sama.

Sebilah pisau belati diambil lalu diasah dengan teliti dan lembut.

Direz memerhatikan saja tingkah Emilia. Dia sedar, Emilia semakin tidak gemar dengan kehadirannya. Wanita itu sebolehnya tidak mahu bertemu dengan dirinya meskipun sudah lama termeterainya perjanjian lalu.

"Kau pakai jugak pemberian lelaki tu?" Direz cuba mematikan kesunyian yang menguasai ruang. Tatapannya tertumpu pada rantai yang tergantung pada leher Emilia.

Entah apa yang merasuki wanita itu, tiba-tiba saja dia merentap sendiri rantai itu dan mencampaknya ke dalam api.

"Aku tak tahu nak buat apa dengan rantai tu, sebab tu aku pakai. Tapi sekarang aku dah tahu apa yang patut aku lakukan," jawab Emilia masih fokus dengan kerjanya yang satu itu.

Tiba-tiba saja Direz meleretkan senyuman misteri pada bibirnya.

Suasana kembali sunyi untuk beberapa minit sebelum Emilia membuka mulutnya.

"Kenapa tak tolong aku masa aku mintak tolong semalam?"

Direz memandang wajah Emilia. Dia membalas renungan tajam wanita itu.

Sekali lagi Direz tersenyum sinis.

"Aku saja nak menguji kau. Dan ternyata, kau sama saja seperti manusia lain. Terlalu mudah hanyut dengan nafsu sendiri. Dasar lembab!" Riak wajah Direz kelihatan marah meskipun terselit sinisnya dalam berkata-kata.

Emilia mencampak pisau belati di tangannya pada Direz. Tetapi Direz sempat menghilangkan dirinya, lalu pisau itu terbenam pada sebatang pokok di sebelah sana.

"Yang lembab ini juga yang kau pilih sebagai tempat kau menumpang!" Emilia turut berasa marah saat dihina sekecil itu.

Sesuatu yang sejuk menyentuh kulit leher Emilia.

Kulit lehernya terluka sedikit, darah mengalir perlahan dari luka yang terhasil itu.

"Ingat pesanan aku, Cynthia. Jangan sesekali kau mengandung mahupun lahirkan anak manusia. Jika tidak, kau akan terima balasannya," bisik Direz dengan nada suara yang keras penuh amaran.

Semangat hitam itu menghilang. Pisau belati yang tadinya terhunus pada batang leher Emilia jatuh ke tanah.

Emili berdecit marah.

Dia mencapai sehelai kain yang terjuntai keluar dari beg pakaiannya yang kecil. Tuala itu digunakan untuk menghentikan pendarahan pada leher.

Kain panjang itu diikat kemas pada leher.

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now