Bab 46: It Should Work As Plan

210 18 0
                                    

Sebulan kemudian

Keadaan Sylvan semakin 'pulih' atas bantuan dan pantauan dari Lisa.

Lelaki itu mula berjalan-jalan di kawasan istana. Namun, dia masih tidak bercakap dengan sesiapa pun melainkan orang-orang Emilia yang dikenalinya.

Perubahan yang positif itu membuatkan semua penghuni istana berasa sangat gembira.

Sylvan kini berada di kawasan taman, menikmati suasana yang nyaman dan tenang sendirian.

"Tuanku." Seorang pembantu menyapa Sylvan.

Sylvan menoleh dan terpandang dulang minuman panas. Tetapi, bukan itu yang menarik perhatiannya, tetapi lipatan kertas yang terselit di bawah cawan yang dibawa pembantu itu.

Sylvan mencapai kertas itu.

Si pembantu terus berdiri di depan Sylvan, menghalang pandangan dua orang pengawal yang berjaga tidak jauh daripada mereka berdua. Dia tidak mahu mereka berdua terlihat kertas yang dipegang oleh Sylvan.

Kertas itu dibuka.

Nombor yang tertulis pada kertas itu menunjukkan masa tengah malam.

"Hah~" Sylvan mengusap wjahnya.

Melihat isi kandungan kertas itu membuatkan seluruh badannya menggigil dan jantungnya berdegup laju.

"Ada apa-apa lagi ke?" Sylvan bertanya tanpa memandang wanita itu.

"Tak ada, tuanku."

Sylvan mengangguk faham. Dia melipat semula kertas itu dan berikannya kepada si pembantu itu.

Minuman yang dibawa diambil.

Ketika Sylvan tidak memandang, si pembantu wanita itu mengambil kertas tadi dan terus menelannya.

"Macam mana dengan Thia?"

"Semua dah sedia, tuanku. Tuanku Cynthia cuma minta tuanku tunggu isyarat saja nanti."

"Baiklah." Sylvan mencicip minumannya beberapa kali sebelum mengambil keputusan untuk masuk semula ke biliknya untuk menenangkan fikiran.

Masuk saja ke dalam bilik, Sylvan terus merebahkan diri di atas katil. Tangan kanan diletakkan di atas dahi dan dia termenung memandang siling.

"Tuanku, Leon di sini." Ketukan diselangi dengan suara Leon kedengaran dari arah luar.

"Masuk."

Leon masuk dengan riak tenang. Dia juga ada membawa sebuah kotak yang panjang.

"Apa tu, Leon?" Sylvan bertanya dengan rasa ingin tahu.

Leon berdiri di sebelah katil.

Sylvan terus duduk menghadap Leon.

Leon membuka kotak itu di depan mata Sylvan.

Sebuah pisau berwarna biru dan silver terletak elok di dalam kotak itu. Pisau itu kelihatan sangat cantik dengan kombinasi warna yang sesuai serta reka bentuknya yang cantik.

"Ini adalah hadiah daripada Puteri Cynthia, tuanku. Tuanku puterari berharap tuanku selalu bawa pisau ini walau di manapun tuanku pergi."

Sylvan mengambil pisau itu dengan barhati-hati.

Pisau itu bukan saja cantik, malah ia sangat ringan dan pemegangnya sangat selesa dan mambuatkan genggaman seseorang terasa erat tanpa peru risau jika pisau itu terlepas dari genggaman.

"Pisau itu direka sendiri oleh Puteri Cynthia dan bahannya juga disediakan sendiri oleh tuanku puteri," kata Leon lagi.

Mendengarkan itu, Sylvan tersenyum sendiri.

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now