Bab 49: Welcome Home, Cynthia

254 21 2
                                    


Sebulan kemudian

Semuanya berlaku dalam sekelip mata saja.

Franz berjaya ditangkap dan dipenjara dan kesnya masih dalam pembicaraan.

Dua minggu setelah kejadian, Sylvan naik takhta atas bantuan dan sokongan dari keluarga Clover.

Perlantikan Sylvan mendapat sokongan yang kuat dari pihak kabinet serta rakyat jelata.

Perlantikan lelaki itu juga diraikan selama tiga hari berturut-turut.

Setelah semua urusan selesai, Sylvan terus menggubal semula undang-undang dan menjatuhkan hukuman ke atas orang-orang bawahan Franz yang masih berbaki.

Selain daripada itu, Irwin juga telah menunjukkan di mana keberadaan Permaisuri Olivia kepada lelaki itu.

Pada hari itu, Sylvan menangis teresak-esak melihat mayat bondanya. Hatinya sebak mengenangkan kematian bondanya yang begitu tragis.

Sylvan ada juga bertanyakan pada pembantu istana yang pernah berkhidmat buat bondanya. Dan apa yang didengarnya adalah, permaisuri itu telah dikurung di menara itu sebulan setelah dia melahirkan putera kerajaan.

Tujuan wanita itu dikurung jauh dari tumpuan ramai adalah untuk menyembunyikan keberadaannya sementara khabar angin tersebar luas mengatakan yang si permaisuri melarikan diri dengan kekasih lamanya.

Wanita itu bukan saja dikurung, malah keperluannya langsung tidak diurus dan dijaga dengan baik. Pergerakannya juga terbatas disebabkan kakinya dirantai. Wanita itu dilayan seperti binatang dan perkara itu membuatkan hati Sylvan semakin hancur mendengarnya.

Meskipun rasa marahnya meluap-luap buat si ayah, namun Sylvan tidak segera menjatuhkan hukuman kepada lelaki  itu. Dia mahukan nasihat dan pandangan daripada Emilia terlebih dahulu.

Malangnya, sejak dari kejadian malam itu, Emilia langsung tidak sedarkan diri. Selama sebulan itu, tidak pernah walau sekalipun si wanita menunjukkan tanda-tanda yang dia akan sedar dalam masa yang terdekat.

Disebabkan kejadian itu juga, Irwin mengenali Direz dan juga mengetahui tentang kandungan Emilia yang baru berusia dua minggu semasa hari kejadian.

Apabila mengetahui tentang berita itu, Irwin tidak pernah meninggalkan sisi isterinya. Jika ada pun dia meninggalkan isterinya itu, hanya seketika saja dan dia akan segera kembali semula ke sisi si isteri setelah urusannya selesai.

Bukan itu saja, Direz juga turut ada di sisi Emilia. Dia menjamin dan berjanji kepada Irwin untuk melakukan apa saja demi menyelamatkan dan melindungi Emilia dan kandungannya.

Irwin terpaksa mempercayai Direz sepenuh hati memandangkan dia tidak mahu membuat pilihan di antara isteri ataupun anaknya.

Sylvan dan juga orang-orang Emilia ada juga datang melawat wanita itu.

Sementara itu, di satu kawasan yang serba hitam dengan hanya dihiasi cahaya seperti ribuan bintang.

"Berapa lama lagi kau nak duduk dekat sini?" Direz bertanya pada seorang perempuan yang sedang berbaring tenang di tengah-tengah ruang itu.

Perempuan itu membuka sebelah matanya, memandang ke arah Direz dengan malas.

"Aku penat," jawabnya dengan singkat dan bersahaja. Mata ditutup semula.

"Kau tahu semua orang tengah tunggu kau, bukan?"

Emilia tidak berkata apa.

"Badan kau dah stabil cumanya, kalau kau ada dekat sini dengan lebih lama, kandungan kau pula yang akan tak stabil. Kau akan keguguran dalam bahasa mudahnya."

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now