Bab 31: Just For A Moments

250 26 1
                                    


Pagi itu, Emilia dan kembar itu turun ke ruang lobi.

Emilia merancang untuk membawa mereka ke sebuah kafe yang telah menarik perhatiannya sejak dari semalam lagi.

Ketika mereka tiba di ruang lobi, tiba-tiba mereka terdengar satu suara memanggil nama Emilia.

"Emilia!" Seorang lelaki memanggil sambil melambai ke arah Emilia.

Reina dan Raina terkejut dengan kemunculan lelaki itu.

"Ian? Apa dia buat dekat sini?" Reina dan Raina bertanya sesama sendiri.

Mereka bertiga berjalan menghampiri si lelaki.

"Selamat pagi, Ian." Emilia menyapa.

"Selamat pagi." Ian membalas dengan senyuman.

"Apa kau buat dekat sini, Ian?" Reina bertanya kehairanan.

"Oh! Ini bukan tempat yang sesuai untuk bersembang. Apa kata kita bergerak ke tempat yang Emilia cadangkan tu?" Ian berkata dengan tenang.

Reina mengangguk saja. Melihat riak tenang Emilia, remaja itu yakin bahawa Emilia mengetahui tujuan keberadaan lelaki itu di Bandar Sapphire.

Mereka berempat bergerak menuju ke kafe.

Tiba saja di kafe, pelayan terus membawa mereka ke sebuah bilik privasi yang telah ditempah oleh Emilia terlebih dahulu.

Mereka berbual kosong sejenak sementara menunggu pesanan mereka sampai.

Setelah semuanya terhidang dan memastikan tiada sesiapa lagi yang akan masuk mengganggu mereka, Emilia mula bersuara.

"Terima kasih atas kerja keras semua. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Kalau perkara ni berterusan, kita pasti akan dapat menumbangkan pemerintahan Raja Franz dalam sekelip mata je."

Tiga yang lain mengangguk setuju.

"Oh ya, Ian. Apa kau buat dekat sini?" Reina kembali menanyakan soalannya sebentar tadi.

"Oh! Sebenarnya Emilia yang arahkan aku untuk datang ke sini lepas dari korang bertolak. Aku bermalam dekat hotel yang sama kita serang semalam sebab nak tengok keadaan dan suasana."

"Oh." Terangguk-angguk kembar itu mendengar penjelasan dari Ian.

"Jadi, apa je tugas kau?" Giliran Raina pula yang bertanya.

"Aku kawal kamera litar tertutup semalam. Untuk pastikan tak ada sebarang jejak ditinggalkan, aku kena pastikan semua orang dapat masuk ke dalam tanpa masalah."

Mereka bertiga berbual sejenak sementara Emilia sedap menikmati sarapan paginya.

Sedang mereka bersembang, Ian tiba-tiba melirikkan pandangannya ke arah Emilia.

Sebenarnya, lelaki itu mempunyai beberapa soalan yang mahu ditanyakan kepada Emilia, tetapi dia teragak-agak.

"Kenapa Ian?" Emilia bertanya terlebih dahulu setelah perasan dengan tingkah Ian yang teragak-agak.

Ian terkejut dan terdiam sejenak.

"Siapa mereka semua semalam?" Akhirnya terluah juga persoalan yang bermain di dalam kepalanya.

"Oh! Memandangkan kau tanya benda ni, aku pun tertanya jugak. Sebab semalam ada seorang perempuan berjaga di kawasan kami menembak. Katanya dia orang kak Emilia. Siapa dia tu kak?" Reina turut menanyakan perkara yang sama.

Raina mengangguk mahu tahu.

"Tak perlu tahu lagi buat masa ni. Bila tiba masanya, aku akan kenalkan korang semua dengan mereka. Lagipun, mereka tu lain sikit. Tak macam korang yang duduk dibawah lindungan aku. Mereka semua elit," kata Emilia penuh rahsia.

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now