Bab 28: News

282 30 0
                                    

"Ah! Penatnya." Emilia mengeluh panjang.

Si wanita kini sedang berendam di dalam tub mandi miliknya.

"Lepas ni apa pulak?" Telefon diacapai dan diaktifkan.

Skrin memaparkan latar belakang setiap seorag bangsawan yang menjadi targetnya. Lebih-lebih lagi, mereka yang melakukan jenayah di bawah jagaan dan pantauan Franz, pak ciknya.

"Hmm. Yang ni macam menarik. Tapi aku perlukan perancangan dulu."

Emilia melentokkan kepalanya ke belakang. Tangannya dibiarkan tergantung di tepi tub mandi dan mata dipejam rapat.

*****

Keesokan harinya

"Selamat pagi!" Reina memasuki dapur dengan nada cerianya.

"Eh?! Mana Kak Emilia? Dia tak bangun lagi ke?" Raina yang mengekori Reina dari belakang bersuara.

"Kalau dia tak bangun lagi, maksudnya tak ada sarapan la untuk kita pagi ni." Reina berkata dengan nada kecewa.

Raina mengangguk, turut sama kecewa.

"Selamat pagi." Emilia masuk ke ruang dapur sambil menguap.

"Kak Emilia. Lambat akak bangun hari ni." Raina berkata dengan ceria. 

Sejak kebelakangan ini, si kembar selalu saja berkepit dengan Emilia. Hubungan mereka semakin erat dan si kembar semakin selesa dengan kehadiran Emilia dalam hidup mereka.

"Oh, ya. Akak buat kerja sikit malam tadi. Tidur lambat, sebab tu bangun lewat sikit pagi ni. Reina dengan Raina lapar ke?" Emilia bertanya sambil mengusap kepala dua remaja itu.

Mereka berdua mengangguk.

"Okey. Tolong akak sediakan sarapan kalau kamu nak makan cepat."

"Baik, bos!"

Mereka bertiga bersiap untuk menyediakan sarapan sebelum yang lain bangun.

Setelah beberapa minit kemudian, semua makanan untuk sarapan sudah siap dihidangkan.

"Terima kasih, Reina, Raina." Emilia tersenyum manis buat kembar itu.

"Sama-sama." Mereka membalas dengan senyuman manis.

"Oh, ya! Akak kena keluar sekejap ni. Ada urusan sikit dengan Zenrys dan Svaadria. Boleh kamu sediakan yang lain?" kata Emilia sambi mencabut apronnya.

"Baik, kak."

Emilia berlalu keluar dari ruang dapur sementara kembar itu menyiapkan meja makan.

Wanita itu naik ke biliknya dan bersiap. Setelah beberapa minit kemudian, dia kembali turun dan kebetulan pula, terserempak dengan Asher yang turut mahu turun ke ruang makan.

"Eh, Emilia! Cantik-cantik pagi ni nak ke mana?" Lelaki itu bertanya ingin tahu.

"Aku ada urusan sikit dengan Zenrys. Petang sikit baru balik rasanya." beritahu Emilia sambil memakai jam tanganya.

Asher tiba-tiba menghampiri Emilia. Lelaki itu mencapai pergelangan tangan kiri Emilia dan mengambil jam tangan wanita itu.

Lelaki itu kemudiannya memakaikan jam tangan itu pada pergelangan tangan si wanita.

Emilia hanya membiarkan saja perbuatan itu. Lagipula, memang agak sukar baginya untuk memakai jam tangan itu sendiri.

"Terima kasih," ucap Emilia setelah Asher selesai memakaikan jam itu pada tangannya.

Asher hanya mengukirkan senyuman manis di bibirnya.

"Jom aku iring kau keluar. Lagipun, aku rasa Zenrys dah sampai sebab aku nampak kereta dia masuk tadi."

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now