Bab 22: New People in The Group

296 31 2
                                    


"Oh! Kau dah bangun."

Reina berpaling, memandang ke arah empunya suara yang menyapa.

"Selamat pagi, Reina." Seorang wanita berkot putih kelihatan berdiri di sisi katil.

"Aku akan panggilkan Emilia sekejap." Wanita itu berlalu pergi.

Beberapa ketika kemudian, dia kembali bersama-sana dengan Emilia dan Raina.

"Reina!" Raina berlari dan memeluk erat kakaknya.

"Selamat pagi, Reina. Macam mana rehat kau?" Emilia bertanya dan duduk di atas katil.

"Nyenyak."

"Baguslah." Emilia tersenyum.

"Maaf, sebab aku dah buatkan kau risau, Raina. Maafkan aku jugak, kak Emilia."

Raina menangis di dalam pelukan kerana terlalu risaukan Reina setelah mendengar cerita daripada Emilia, tentang kejadian malam tadi.

"Kau bodoh! Aku dah cakap jangan tapi kau buat jugak. Nasib baik kak Emilia ada. Kalau tak, tak tahu apa yang akan jadi dekat kau," kata Raina dalam tangisnya.

Reina mengusap kepala Raina.

"Ya, betul tu. Maafkan aku sebab tinggalkan kau sendiri."

Emilia memandang pada wanita yang berkot putih.

"Kumpulkan yang lain dekat bawah. Aku nak perkenalkan masing-masing," arah Emilia.

Wanita itu mengangguk faham sebelum berlalu keluar.

"Reina, kau bersiaplah dulu. Aku nak perkenalkan kau dengan yang lain."

Reina mengangguk faham.

"Aku akan bawakan sarapan nanti."

"Terima kasih, kak."

Emilia mengusap kepala Reina dan Raina sebelum keluar daripada bilik itu dan turun ke ruang utama.

*****

Setelah bersiap dan bersarapan, Reina dan Raina turun ke ruang utama.

Di ruang itu, Emilia dan beberapa orang yang tidak dikenali, kelihatan sedang duduk menunggu dua beradik itu.

"Akak." Mereka berdua memanggil serentak.

"Reina, Raina, duduklah."

Mereka berdua akur dan duduk bertentangan dengan orang-orang yang tidak dikenali mereka, kecuali seorang.

"Reina, Raina, mereka semua ni adalah ahli baru kita. Perkenalkan, ahli perubatan kita, Lisa Markov."

Wanita berkot putih itu tersenyum pada si kembar.

"Ya, kami kenal dengan dia. Dia adalah ketua perubatan dalam kumpulan rahsia kami," kata Reina dengan nada dingin.

"Woah! Reina. Jangan dingin sangat. Aku dah lama berhenti sejak kumpulan tu dibubarkan."

Lisa tiba-tiba tertawa kecil.

"Tengoklah kau. Dari dulu tak berubah. Selalu timbulkan masalah dan..."

"Lisa, berhenti sampai situ je. Aku tak nak dengar lagi." Emilia bersuara dengan tegas, memotong kata-kata wanita itu.

Lisa kelihatan akur. Dia kembali mendiamkan diri.

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now