Bab 4:The Owl Spirit

662 69 3
                                    


Emilia memandang sekelilingnya.

Suasana di dalam khemah hilang dalam sekelip mata dan digantikan dengan suasana hitam serta gelap.

"Dah lama kita tak bersua, bukan?" Suara seorang lelaki.

Emilia tidak menjawab, malah dia berdiri statik pada tempatnya. Mata memandang sekeliling.

"Tidakkah kau rindu akan aku?"

Wanita itu tetap juga tidak membuka mulutnya untuk membalas soalan si lelaki.

Tiba-tiba satu bayangan hitam melintas di belakangnya.

Emilia pantas menoleh.

Matanya bertemu dengan mata hitam pekat milik seseorang.

"Kau tak jawab soalan aku."

"Apa yang kau nak?!" Suara Emilia meninggi. Jelas terpapar di wajah wanita itu yang dia tidak senang dengan kehadiran lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum kecil sehingga menampakkan barisan gigi kecilnya yang tajam.

Emilia memandang tajam pada lelaki itu.

"Aku ingin mendengar kau menyebut namaku buat sekian kalinya."

"Jangan harap! Aku tak akan seru nama kau lagi! Kau dah banyak musnahkan kegembiraan aku!" Emilia kelihatan berdendam dengan lelaki bertopeng paruh itu.

"Aku hanya mahukan korban saja. Seperti yang sudah termeterai di dalam perjanjian kita," katanya dengan tenang meskipun Emilia sudah menunjukkan kebencian yang mendalam.

"Merepek! Kita tak pernah berjanji apa-apa. Aku pun tak ingin nak mengikat perjanjian dengan makhluk terkutuk seperti kau!"

Lelaki itu melabuhkan punggungnya di atas batu yang menjadi tempat dia berdiri sejak tadi.

"Kau versi kecil yang mengikat perjanjian tu dengan aku."

"Kau diam!"

Lelaki itu berdiri semula. Kali ini dia memaparkan aura marahnya terhadap Emilia.

Dia benci akan manusia yang memungkiri janji.

Tiba-tiba, senyuman sinis terlakar di bibir.

Suasana berubah.

Mereka kini berada di dalam khemah yang didiami oleh Lina dan Kyril.

Lelaki itu menghampiri katil kecil milik Kyril.

Dia menjengah ke dalam katil bayi itu.

"Jangan kau sesekali sentuh budak tu."

Emilia mulai cuak. Dia tak mahu lelaki itu menyentuh Kyril walaupun sedikit.

"Lihatlah betapa comelnya bayi ni. Mungkin dia boleh jadi korban aku yang paling sesuai."

Jejari runcing lelaki itu mula menyentuh lembut pipi gebu Kyril.

"Direz!"

Tingkah lelaki itu terhenti.

Dia menoleh pada Emilia lalu tersenyum kemenangan.

"Jauhkan diri kau dari dia!"

Lelaki bernama Direz itu tidak mengendahkan amaran Emilia.

The Dark Assassin [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu