Epilog I

240 19 1
                                    

Dua tahun kemudian

"Sayang, dah siap ke?" Irwin bertanya pada Emilia yang sedang menyiapkan anak lelaki mereka dengan bantuan pembantu.

"Sikit lagi," jawab Emilia sebelum selesai menyiapkan Erdian.

"Mama!" Irene menjengah ke dalam bilik dan berlari mendapatkan si ibu.

Irwin mendukung anak perempuannya itu dan menciumnya beberapa kali sehingga membuatkan kanak-kanak itu menolak muka ayahnya kerana rimas.

Irwin tertawa dengan reaksi Irene.

Emilia memimpin Erdian dan menghampiri Irwin.

"Cantiknya anak ibu." Emilia mencium pipi Irene dan membuatkan kanak-kanak perempuan itu tersenyum suka.

"Dah sedia?"

Emilia mendukung Erdian. Dia memandang Irwin dan mengangguk dengan senyuman di bibir.

Irwin dan Emilia berpegangan tangan sepanjang jalan.

Semasa mereka keluar, sebuah kereta sudah terparkir elok di depan rumah.

Keluarga itu masuk ke dalam kereta dan terus dibawa ke sebuah hotel yang sudah dijanjikan.

Setelah beberapa minit kemudian, mereka tiba di hadapan sebuah hotel.

Mereka sekeluarga disambut oleh seorang pelayan dan diringi masuk ke dewan utama.

Ketika menjejak masuk ke dalam dewan, kedatangan mereka sekeluarga disambut oleh semua tetamu yang hadir.

"Ah! Terasa macam kita pula yang diraikan walhal ni adalah majlis Andy." Emilia berkata dan tertawa kecil.

Irwin mengangguk setuju.

Keluarga itu ditempatkan di tempat yang dikhaskan untuk mereka.

Setelah duduk dan menunggu buat beberapa minit, pintu utama mula dibuka.

Pasangan pengantin melangkah masuk ke dalam dewan itu.

Semua tetamu berdiri dan bertepuk tangan, menyambut ketibaan pengantin itu.

Emilia tersenyum melihat Hannah yang diiringi dengan suaminya, Ian.

Ya, pengantin lelaki adalah Ian Wasley, lelaki yang pernah bekerja di bawah arahan Emilia dua tahun lepas.

Sejak dari perkenalan pertama mereka berdua, ternyata Ian berasa tertarik dengan Hannah dan selepas dari kejadian dua tahun lepas, si lelaki masih berhubung dengan Hannah.

Dan ternyata, kewujudan Ian dalam hidup Hannah membuatkan wanita itu berasa selesa dan selamat. Bukan itu saja, Ian juga melayan anak perempuannya dengan sangat baik, seperti anaknya sendiri.

Melihat pada kesungguhan Ian, Hannah mula membuka hati untuk menerima lelaki itu di dalam hidupnya dan setelah dua tahun mengenal hati budi masing-masing, Ian membuat keputusan untuk melamar Hannah.

Siapa sangka, ternyata Hannah juga menantikan saat itu dan terus menerima lamaran lelaki itu tanpa berfikir panjang.

Pengenalan mereka selama dua tahun berakhir dengan sebuah perkahwinan yang akan mengikat mereka sehingga akhir hayat.

Selesai saja majlis, pengantin terus menyapa tetamu yang hadir.

Langkah Hannah laju menghampiri Emilia.

Emilia tersenyum melihat Hannah. Dia berdiri dan mendepakan tangannya, sedia menyambut sahabatnya itu.

Emilia dan Hannah berpelukan.

"Tahniah, Andy. Aku harap kau berbahagia sehingga hujung hayat kau," ucap Emilia, ikhlas dari hati.

Irwin bersalaman dengan Ian dan mengucapkan tahniah kepada lelaki itu.

Pelukan dileraikan.

Emilia mengesat air mata Hannah.

"Jangan menangis, Andy. Rosak muka kau nanti." usik Emilia dengan nada bergurau.

Hannah tertawa kecil.

"Ian." Emilia memanggil.

Pengantin lelaki itu memandang Emilia.

"Kau jaga Hannah elok-elok. Kalau aku dapat tahu yang kau buat dia menangis, aku akan cari kau sampai dapat," ugut Emilia dengan riak serius.

Ian mengangguk kepalanya dengan laju. Takut lelaki itu dengan ugutan Emilia.

Setelah selesai menyapa keluarga Clover itu, pasangan pengantin mula menyapa tetamu-tetamu yang lain pula.

Selama dua tahun berlalu, banyak perkara baik terjadi terhadap orang sekeliling mereka berdua.

Setelah berjaya menstabilkan kedudukan Sylvan sebagai pemerintah yang baru, si raja telah membersihkan semula nama keluarga Svaadria. Dan dengan bantuan Emilia dan Zenrys, Svaadria turut berjaya membangunkan semula nama keluarganya dengan memulakan perniagaan kecil-kecilan.

Bukan itu saja, Svaadria dan Zenrys kini bergelar pasangan tunang dan merancang untuk membina rumah tangga pada tahun depan.

Selain daripada itu, Ethan dan Asher pula bekerja untuk kerajaan, membantu Henry menambah baik pertahanan kerajaan.

Reina dan Raina dihantar ke akademi untuk memulakan pelajaran mereka dan memulakan kehidupan sebagai remaja biasa dengan tajaan dari keluarga diraja sendiri. Sementara Lisa pula membuka kliniknya sendiri atas bantuan Emilia.

Apa yang mereka capai kini semuanya atas usaha mereka sendiri. Dan disebabkan usaha mereka itu, Sylvan dan keluarga diraja sedia memberikan bantuan kepada mereka jika mereka memerlukan sesuatu sebagai tanda penghargaan.

Gelak tawa yang datang dari arah pasangan pengantin baru menarik perhatian Emilia.

Emilia tersenyum sendiri melihat Asher dan Ethan yang tidak henti mengusik Ian sehingga membuatkan wajah lelaki itu memerah malu.

Tiba-tiba Irwin menggenggam tangan Emilia.

Emilia memandang suaminya.

Irwin tersenyum melihat Emilia.

Emilia membalas senyuman si suami. Sejujurnya, dia gembira apabila melihat orang sekelilingnya menemui perjalanan hidup mereka dan memulakan hidup yang baru.

"Emilia!" Andy melambaikan tangannya, memanggil wanita itu sekeluarga untuk bergambar bersama di atas pelamin.

Irwin dan Emilia mendukung Erdian dan Irene naik ke atas pelamin.

Mereka semua bergambar bersama dengan Hannah, Ian dan juga Rayna.





The Dark Assassin [C]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant