Bab 10: Visit the Castle

334 35 4
                                    

Hannah turun ke dapur. Fikirnya hendak menyediakan sarapan sebelum Emilia bangun. Namun, dia sendiri yang terkejut apabila melihat sarapan pagi sudah tersedia di atas meja makan.

"Selamat pagi." Emilia menyapa Hannah dengan senyuman mesra.

"Thia! Apa yang kau buat ni? Kau tak sepatutnya sediakan sarapan semua ni."

Emilia menggeleng.

"Aku kebosanan sebab bangun awal sangat. Lagipun, tak salah pun kalau aku nak sediakan sarapan ni. Sebagai tanda terima kasih."

"Mama!" Rayna berlari masuk ke ruang dapur.

"Rayna." Emilia mendukung Rayna.

"Kita makan nak? Mak cik dah sediakan sarapan yang sedap untuk kamu."

Rayna mengangguk teruja.

Hannah hanya memerhati Emilia yang melayankan saja kerenah satu-satunya anak tunggalnya.

"Andy, duduklah makan."

Emilia sudah menghidangkan beberapa keping pancake di atas pinggan Hannah.

Hannah duduk. Dia menikmati sarapan yang disediakan dengan penuh selera.

"Lepas ni aku nak ke kedai bunga aku. Kau pulak nak buat apa? Mesti bosankan kalau duduk dekat rumah seorang diri. Lagipun, Rayna aku tinggalkan dekat rumah asuhan yang dekat dengan kedai bunga aku."

"Kalau macam tu, aku ikut kau ke sana boleh tak? Aku saja nak tengok sekeliling. Bolehkan?" 

"Boleh je. Aku tak kisah pun."

"Terima kasih." Emilia tersenyum senang.

Mereka semua sambung menikmati sarapan sambil bersembang panjang.

*****

"Meriah kedai bunga kau." Emilia berkata sambil memandang sekeliling kedai bunga milik Hannah yang cantik dan berseri dengan pelbagai jenis dan warna bunga.

Hannah sekadar tersenyum.

Dalam masa yang sama, Emilia ternampak sekumpulan lelaki yang berulang-alik memasukkan bunga ke dalam sebuah van.

"Selamat pagi, Hannah." Seorang lelaki muda menyapa Hannah.

"Selamat pagi, Danny. Macam mana dengan penghantaran?" Hannah bertanya lalu menjengah pada kumpulan lelaki yang sedang bekerja.

"Semuanya hampir selesai. Lepas ni yang terakhir."

Hannah mengangguk faham.

Danny tiba-tiba memandang ke arah Emilia.

Emilia tersenyum kecil ke arah lelaki itu.

"Siapa dia ni, Hannah? Pekerja baru ke?"

"Oh! Kenalkan, ni kawan aku. Emilia namanya."

"Selamat berkenalan." Emili berkata sopan.

"Saya Danny. Selamat berkenalan jugak. Aku sambung buat kerja dulu, Hannah."

Danny berlalu pergi, menyambung kerjanya yang tertangguh sekejap.

"Banyak tempahan. Semua tu hantar ke mana?"

"Kita masuk dulu."

Mereka menapak masuk ke dalam kedai dan memasuki pejabat utama.

"Semua tempahan tu nak dihantar ke istana."

Mendangar kata-kata itu membuatkan Emilia tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

"Istana? Ada apa-apa majlis ke?"

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now