Bab 14: Invitation

313 34 3
                                    

Malam itu, sekali lagi Emilia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Svaadria dan Zenrys di tempat biasa lelaki itu.

"Kau datang lagi nampaknya. Ada apa-apa lagi yang diperlukan ke?" Zenrys bertanya dengan senyuman di bibir.

"Aku akan dapatkan kunci tu dengan segera."

"Okey. Jadi, apa kena-mengana aku dalam hal ni? Kerja aku cuma kumpul maklumat dan jual beli maklumat. Bukannya pecah masuk rumah orang."

"Aku tahu tu. Aku perlukan bantuan kau."

Zenrys menjongket keningnya.

"Macam yang kau tahu, aku akan jadikan rumah tu sebagai tempat rahsia dan aku akan jatuhkan pak cik aku. Untuk lakukan semua tu, aku perlukan orang." Emilia berkata dalam nada serius.

"Kau nak aku carikan orang-orang yang berpotensi ke?" Zenrys mengagak.

Emilia mengangguk sebagai jawapan.

"Dari segi apa?"

"Teknologi, kimia, penembak dan kombat."

"Okey, aku akan uruskan maklumat tu. Yang lain kau urus sendiri."

"Aku tahulah. Oh, ya! Satu lagi, perubatan. Dia diperlukan jugak."

Zenrys mengangguk faham.

"Macam mana dengan aku?" Svaadria mencelah perbincangan dua orang itu.

"Jangan risau, kemahiran kau aku perlukan untuk kerja lain nanti."

Svaadria tersenyum suka. Meskipun dia tahu bahawa kerja yang bakal dilakukannya nanti agak berisiko, namun demi menuntut bela atas apa yang telah berlaku terhadap keluarganya, Svaadria bersedia untuk menerima risiko itu.

"Lagi cepat lagi bagus. Sebab aku dah tahu beberapa kegiataan yang perlu aku tumpaskan segera," kata Emilia tiba-tiba.

Zenrys menjongket kening mendengarnya.

"Kegiataan yang macam mana tu?"

"Nantilah aku beritahu. Aku nak kau kumpulkan je orang dulu. Pelan nanti bincang lain."

Emilia berdiri dan bersiap untuk pergi dari situ.

"Macam mana dengan bayaran aku?"

"Cakap je. Nanti aku bagi," kata Emilia sambil menyarungkan jaketnya yang labuh.

Zenrys tersenyum nipis.

"Aku mintak diri dulu. Jumpa kau esok, Dria."

Svaadria melambai saja dari tempat duduknya.

Emilia berlalu keluar dari tempat itu dan berjalan selamba di sepanjang kaki lima yang dipenuhi dengan pejalan kaki.

*****

Pintu rumah dibuka dengan perlahan. Suasana di dalam itu sudah gelap.

Emilia melintasi ruang tamu untuk naik ke biliknya. Tetapi tiba-tiba namanya dipanggil seseorang.

"Emilia? Dari mana? Lambatnya balik." Danny menyapa sambil memandang jam dinding sekilas sebelum memandangkan tepat ke arah Emilia semula.

The Dark Assassin [C]Onde histórias criam vida. Descubra agora