Bab 17: Roger The Old Man

315 42 6
                                    


Tok! Tok!

Ketukan pada pintu membuatkan Emilia terjaga dari tidurnya.

Wanita itu bangun dari katil dan mengatur langkah ke arah pintu.

Pintu dibuka, dan Danny berdiri di depan muka pintu dengan senyuman kecil terukir di bibir.

"Ada apa, Danny?" Emilia menutup mulutnya dan menguap.

"Awak nampak mengantuk. Tak cukup tidur ke?" Tanya Danny prihatin.

"Oh, tak ada apa. Jangan risau. Ada apa ni tiba-tiba muncul depan pintu pagi-pagi ni?"

"Hannah suruh saya jenguk awak dan ajak turun sarapan."

Emilia mengangguk faham.

"Bagi aku 15 minit."

"Oke-"

Belum sempat Danny menghabiskan kata-katanya, Emilia sudah menutup dan mengunci pintu biliknya.

"Argh! Malasnya."

Emilia bergolek di atas katilnya untuk beberapa minit sebelum mengambil keputusan untuk bersiap. Dia baru teringatkan janjinya dengan Irwin.

Sepuluh minit kemudian, Emilia turun ke ruang makan.

Hannah masih ada di dapur sambil melayankan Rayna yang sedang makan.

"Selamat pagi, Emilia." Hannah tersenyum melihat sahabatnya itu.

"Selamat pagi, Hannah." Emilia duduk.

Seperti biasa, Liam masih memberikan pandangan yang menjengkelkan terhadap Emilia. Namun, wanita itu langsung tidak ambil endah dengan pandangan lelaki itu.

"Kau bersiap cantik dan pakai wangi-wangi ni, ada nak ke mana-mana ke?" Hannah bertanya kerana tertarik dengan penampilan Emilia yang seperti seseorang mahu pergi bertemu janji.

Danny menjeling pada Emilia. Dia juga berasa ingin tahu ke manakah wanita itu mahu pergi di awal pagi sebegini.

"Ya, aku memang ada janji dengan seseorang pun." Emilia membalas sambil menuang teh panas ke dalam cawannya.

Hannah menjeling Danny untuk melihat reaksi lelaki itu. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Lelaki ke perempuan?" Hannah sengaja bertanya.

"Lelaki," jawab Emilia singkat.

Teh panas disisip perlahan.

"Jadi, bila kau akan balik?"

Cawan diletakkan di atas alasnya. Emilia memandang tepat pada Hannah.

"Mungkin aku tak akan balik."

"Eh?! Kenapa pulak?" Hannah terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Emilia.

Dari ekor mata, Hannah dapat lihat bahawa Danny mula tidak senang duduk apabila mendengar setiap kata-kata Emilia.

"Sesuka hati kau je keluar masuk rumah Hannah, kan? Kau fikir rumah ni apa, hotel yang kau boleh keluar dan masuk sesuka hati." Liam berkata dengan nada marah.

Lelaki itu ternyata tidak gemar dengan cara Emilia yang seolah-olah mengambil kesempatan terhadap kebaikan Hannah.

"Liam." Hannah menegur tingkah tunangnya itu.

"Saya cuma nyatakan perkara yang betul, Hannah. Saya tak suka dengan cara dia. Dia macam ambil kesempatan terhadap kebaikan dan layanan baik awak." Liam meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

Emilia menyisip minumannya lagi. Riaknya tenang saja meskipun ditegur oleh Liam.

Liam berang melihat tingkah Emilia.

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now