Prolog

1.9K 126 10
                                    


KEBOOM!

DUM! DUM

Tembakan meriam menghujani istana yang megah berdiri.

Jeritan demi jeritan, bersahut-sahutan datang dari dalam istana.

"Keluar! Keluar! Cari tempat selamat!" Seorang pengawal mengarahkan penghuni istana itu keluar.

Dalam pada itu,

"Bonda! Ayahanda!" Seorang puteri kecil duduk di tepi katilnya sambil menekup telinga. Air mata berjujuran membasahi pipi. Dia menggigil ketakutan.

"Puteri kecil!" Pintu biliknya dirempuh seseorang.

"Puteri kecil." Lelaki itu segera mendapatkan si puteri yang menangis.

Puteri itu didukung dan saat di berpaling, beberapa orang pemberontak sudah pun berdiri di muka pintu.

Dia kaget buat seketika.

Si puteri diletakkan di atas katil.

"Puteri kecil keluar ikut laluan rahsia tu. Patik akan uruskan hal di sini."

Puteri itu menggeleng.

"Thia... Thia tak nak... tinggalkan pak cik." Menangis-nangis puteri kecil itu dengan sedunya.

"Puteri jangan risaukan patik, ya."

Lelaki itu menghadap kumpulan pemberontak yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik.

"Pergi, tuanku!" arah lelaki itu tanpa memandang si puteri.

Thia yang masih menangis, perlahan-lahan merangkak turun daripada katil.

Meja lampu di sebelah katil ditolak, lalu menampakkan sebuah pintu kecil yang hanya muat buat si kecil itu.

Pintu itu dibuka. Thia merangkak masuk ke dalam laluan rahsia itu. Sebelum itu, dia sempat menoleh, memandang pada lelaki yang mempertahankan dirinya.

"Pak cik." Bibir dikemam. Air mata tidak sudah mengalir.

Dia berpaling semula, lalu merangkak lebih dalam.

Belum pun beberapa langkah, jeritan si lelaki membuatkan dia berpaling semula.

"Pak cik!"

Thia merangkak secara mengundur. Dia mahu selamatkan lelaki tadi. Kerisauan yang menyapa diri membuatkan dia bertindak tanpa berfikir panjang.

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now