Bab 1:The Injured Owl

1.1K 93 4
                                    


Setelah berpenat lelah di dalam khemah pesakit, dia mengambil keputusan untuk kembali ke khemahnya dan berehat buat seketika.

Dia duduk dengan selesa di atas lantai bersandarkan kaki katil.

Kaki dilunjur lurus. Merehatkan kaki yang kepenatan setelah seharian berdiri menyokong diri dan berjalan tanpa henti.

Belakang badan direhatkan dengan selesa pada kaki katil. Sakit belakangnya dek membongkok tika merawat.

Mata dipejan kejap. Nafas diatur perlahan, menggapai udara dan tenaga yang hilang.

Tiba-tiba telinganya menangkap satu bunyi yang tidak asing pada pendengarannya. Bunyi yang sudah biasa didengarinya.

Mata dicelikkan semula dan saat itu, dia ternampak akan satu bayangan putih melintasi pintu khemahnya yang terbuka sedikit.

"Apa pulak kali ni?"

Dengan malas dia kembali berdiri.

Badan diregangkan sedikit sebelum dia menapak menghampiri pintu khemah.

Pintu khemah diselak sedikit. Kepala dikeluarkan dan dia memandang ke kiri dan ke kanan.

Tiada apa. Hanya kesunyian dan keriuhan suara kanak-kanak yang berebutkan makanan di sebuah pondok berhampiran saja yang kedengaran.

"Haih." Dia mengeluh buat kesekian kalinya.

Disebakan malas hendak melayan kelibat tadi, dia mengambil keputusan untuk keluar daripada khemah itu.

Langkah menghampiri sebuah pondok yang dikerumi orang ramai.

Pondok yang mana menjadi tempat agihan makanan buat semua penduduk yang terselamat. Riuh jugalah pondok itu dengan suara kanak-kanak, lelaki dan wanita.

Senyuman nipis terlakar di bibir saat matanya terpandang akan kelibat Lina di sana.

"Perlukan bantuan?" Dia menyapa dari belakang.

Lina yang sedang menghulurkan sebuku roti kepada seorang kanak-kanak, terus terkejut dengan sapaan itu.

Kanak-kanak lelaki itu memuncung. Marah kerana belum pun sempat dia menyentuh roti itu, Lina sudah menariknya kembali.

"Akak ni buat Lina terkejut je,"  marah Lina dengan dahi yang berkerut.

"Akak! Saya nak tu." Budak tadi meminta.

Mereka berdua menoleh.

"Eh! Maaf ya." Lina menghulurkan semula roti itu kepada kanak-kanak tadi.

Dia bersorak gembira tika mendapat roti itu, lalu berjalan pergi.

Si wanita pula ketawa saja melihat tingkah Lina dan kanak-kanak tadi.

"Ada apa akak datang ni?" Lina meninggalkan tugasnya buat seketika.

"Ada apa-apa yang akak boleh tolong?" Dia bertanya lagi.

Lina menggeleng.

"Tak apalah kak. Akak berehat saja, ya." Lina menolak huluran pertolongan si wanita dengan lembut. Dia tak mahu terus menyusahkan wanita itu setelah seharian dia berhempas pulas di dalam khemah pesakit.

"Apa..."

"Emilia."

Kata-katanya dipintas dengan panggilan dari seseorang.

Dia menoleh, memandang pada seorang lelaki yang sedang berlari ke arahnya.

Lelaki itu berhenti di hadapannya. Dia terbongkok-bongkok kepenatan.

The Dark Assassin [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora