Bab 16: Cynthia's Fiance

331 44 6
                                    


Emilia duduk bertenggek di atas dahan pokok yang letaknya beberapa meter dari kawasan rumah keluarga Clover.

"Hmm. Betul kata Zenrys. Rumah ni langsung tak berubah."

Wanita itu terus memerhatikan keadaan sekeliling.

Suasana rumah itu sungguh senyap. Beberapa lampu masih dipasang dan ada juga yang sudah dipadam.

"Kalau tak silap aku, rumah ni ada dalam 8 atau 9 buah bilik. Satu perpustakaan, pejabat dan selebihnya bilik keluarga dan bilik tetamu. Wow! Tak sangka aku masih ingat."

Emilia melompat dari pokok ke pokok dan mendarat di kawasan taman bunga milik keluarga itu.

Dengan langkah perlahan dan berhati-hati, Emilia menghampiri tingkap rumah yang menghadap kawasan taman bunga itu.

Tingkap dibuka dengan menggunakan perkakas yang dibawannya sekali.

Setelah berjaya dibuka, Emilia masuk dan menutup tingkap itu semula.

Dengan ketiadaan cahaya di dalam rumah itu, ia memudahkan kerja Emilia untuk menyorok di balik kegelapan. Dalam masa yang sama, memudahkan kerjanya dengan bantuan kebolehan Direz yang mampu melihat dalam gelap.

Emilia menjenguk satu persatu bilik yang ada sehinggalah akhirnya, dia menemui bilik Irwin.

Dia memasuki bilik itu dengan berhati-hati.

Ternyata bilik itu kosong. Kelibat Irwin langsung tidak kelihatan di dalam bilik itu.

Emilia mengelilingi bilik itu. Dia menilik segenap ruang bilik itu Ddn cuba mencari tempat-tempat rahsia yang boleh dijadikan sebagai tempat untuk menyimpan kunci itu.

Langkah Emilia terhenti di sebelah katil Irwin.

Wanita itu berpeluk tubuh dan mengeluh panjang.

"Dekat mana pulak disimpannya kunci tu?! Aduh! Serabutlah aku dibuatnya."

Sedang wanita itu mengeluh dan membebel sendiri, ekor matanya ternampak satu bingkai gambar di atas meja lampu.

Mata Emilia mengecil. Dia mengambil bingkai itu dan melihat pada gambar di depan matanya itu.

"Budak perempuan ni, aku ke?"

Gambar itu adalah gambar dua orang kanak-kanak, lelaki dan perempuan yang saling berpegangan tangan dan tersenyum gembira. Di atas kepala kanak-kanak perempuan itu terdapat mahkota bunga buatan tangan.

Emilia meneliti gambar itu sehinggalah tiba-tiba lampu bilik menyala.

Wanita itu terkejut dan pandangannya tertumpu pada Irwin yang berdiri di depan pintu.

Mereka berdua berbalas pandangan untuk beberapa saat sebelum Emilia bertindak mahu melarikan diri melalui balkoni.

Irwin pula pantas mengejar si wanita bertopeng itu.

Dia berjaya menangkap tangan si wanita dan menariknya daripada menghampiri balkoni bilik.

Emilia berpaling dan menghayunkan sepakan.

Irwin menahan sepakan itu dengan tangannya yang sebelah lagi.

Emilia menyerang lagi. Kali ini dia menyepak telinga lelaki itu.

Disebabkan serangan itu, pegangan Irwin terlepas. Lelaki itu berundur beberapa langkah sambil memegang telinga kirinya yang berdesing.

Dikesempatan itu, Emilia cuba untuk melarikan diri sekali lagi.

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now