Bab 41: Let Them Know

239 25 2
                                    


Dua hari kemudian

Setelah dua hari tinggal di rumah Emilia, Hannah mula berasa selesa dengan sekelilingnya.

Penghuni rumah itu menerima dia dan Rayna dengan hati yang terbuka. Mereka juga memberikan layanan yang baik dan ia membuatkan Hannah selesa untuk bergaul dengan mereka.

Sementara Emilia pula, dia langsung tidak keluar dari biliknya. Makan dan minumnya dibawa naik ke bilik.

Svaadria dan Hannah bergilir-gilir menghantar, menemani dan berbual dengan Emilia. Memastikan agar wanita itu tidak bersendirian dan kebosanan.

Bukan itu saja, mereka semua kelihatan sangat suka melayankan kerenah dan kehendak Rayna.

Memandangkan hanya Rayna saja satu-satunya kanak-kanak yang ada di dalam rumah itu, mereka semua memanjakan dia dengan layanan yang baik.

Lebih-lebih lagi Asher yang sangat sukakan kanak-kanak dan Ian, yang agak pemalu.

Malam itu, Rayna mengajak mereka semua bermain di taman yang ada di laman belakang.

Di kawasan itu juga sangat cantik di waktu malam. Ia dihiasi dengan kelipan kelip-kelip yang menjadi tetamu di kawasan itu.

Emilia yang hanya memerhati dari balkoni biliknya, hanya mampu tersenyum dan tertawa kecil melihat telatah mereka semua.

"Thia?"

Emilia segera menoleh, memandang ke arah satu susuk yang berdiri di muka pintu biliknya.

"Irwin? Buat apa dekat sini?"

Irwin menghampiri Emilia.

"Apa kau buat dekat luar ni? Kau masih tak sihat."

Irwin memeluk dan mencium pipi Emilia dari belakang.

"Aku dah sihat, cuma tak rasa nak keluar lagi."

"Hmm." Irwin merehatkan dagunya di atas bahu Emilia dan memejam rapat matanya.

"Kau tak sibuk ke?"

"Aku rindukan kau sangat-sangat."

"Macam mana dengan Lisa?" Emilia bertanya dengan niat mahu mengusik.

"Jangan nak merepak." Irwin berkata dengan nada marah.

Emilia tertawa kecil.

"Macam mana dengan Sylvan?" Emilia bertanya risau. Memandangkan sepupunya kini tinggal di kediaman Clover buat sementara waktu, dia risau jika sepupunya itu tidak selesa di sana.

"Dia okey je. Datuk sukakan dia dan dia pandai melayankan kerenah datuk dan rajin."

"Baguslah kalau dia okey je." Emilia berkata lega.

Irwin tiba-tiba mengeratkan pelukannya.

"Macam mana pula dengan kita?" Irwin bertanya.

"Apa maksudnya tu?"

"Ke mana arah hubungan kita lepas ni, Cynthia?"

Irwin tiba-tiba bertanyakan perihal perkahwinan mereka berdua.

Emilia diam. Dia sendiri tidak pernah merancang masa depan perkahwinannya itu.

Di dalam kepalanya hanya memikirkan perancangan untuk menjatuhkan pak ciknya, hinggakan perihal rumah tangganya langsung tidak pernah terlintas di dalam kepala.

Jika Irwin tidak datang berjumpa, mungkin Emilia akan terlupa akan status dirinya yang kini bergelar seorang isteri.

"Aku nak bersama dengan kau sampai hujung nyawa aku, Cynthia. Kau je satu-satunya wanita yang aku cinta sepenuh hati."

The Dark Assassin [C]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें