Bab 44: Determination Of A Prince

236 22 1
                                    

Selesai saja mandi, Sylvan duduk sendiri di sofa. Dia mahu menenangkan diri dari terus memikirkan sesuatu untuk menghentikan Emilia dari meneruskan rancangannya.

Fikirannya tidak mampu berhenti dari terus memikirkan apakah yang telah dilakukan oleh ayahandanya terhadap Emilia sehinggakan api kebencian terpancar jelas di dalam mata sepupunya itu.

Sylvan akui, ayahandanya itu telah banyak melakukan pekara yang melanggar undang-undang diraja dan kesalahan itu sangatlah berat serta boleh dijatuhkan hukuman bunuh. Namun, melihat dari tekad Emilia, Sylvan merasakan ada sesuatu yang lain yang disembunyikan oleh Emilia dari pengetahuannya.

"Haih." Sylvan mengeluh berat. Dia buntu.

Sylvan mencapai cawan teh panas yang terletak elok di atas meja kopi.

Minuman panas itu dicicip sedikit. Aroma dan bau teh itu membuatkan lelaki itu tenang sedikit.

TING! 

Pendengaran Sylvan menangkap bunyi besi berdenting dari arah balkoni biliknya.

TING! 

Bunyi itu sekali lagi kedengaran.

Sylvan berdiri dengan riak cuak terukir di wajahnya.

Tubuhnya berasa seram sejuk. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya dalam situasi itu.

Sylvan mengambil keputusan untuk memberanikan diri dan meninjau keadaan di luar sana. 

Lelaki itu melangkah perlahan, menghampiri pintu balkoni.

Langsir yang menutupi pintu itu diselak dengan perlahan.

Mata Sylvan membulat besar apabila melihat susuk tubuh yang pernah dilihatnya sebelum ini. Susuk itu kini sedang bertenggek pada palang balkoni bilik dan dia membelakangkannya.

Di dalam kepala, Sylvan dapat meneka siapakah gerangan pemilik susuk itu. Namun, dia masih berasa ragu dan takut untuk menegur.

Sylvan membuka kunci pintu. Pintu itu dibuka sedikit.

"Cynthia." Sylvan memanggil perlahan.

Susuk itu langsung tidak memberi sebarang reaksi dan ia membuatkan Sylvan berasa semakin takut.

"Cynthia, tu kau ke?" Suara Sylvan kedengaran bergetar.

"Slyvan, sinilah. Jangan risau, aku tak akan apa-apakan kau." Suara Emilia kedengaran dari arah susuk itu.

Sylvan masih berasa ragu untuk menghampirinya.

Wanita itu duduk di atas palang dan kini, dia menghadap ke arah pintu balkoni.

"Sylvan." Wanita itu menghulurkan tangannya.

Sylvan perlahan-lahan membuka pintu. Dia kemudiannya menapak keluar dan teragak-agak menyambut huluran tangan wanita itu.

Meskipun si wanita memakai topeng, namun Sylvan kini yakin bahawa wanita itu adalah Emilia dan disebabkan itu dia berani menyambut tangan wanita itu.

"Apa kau buat dekat balkoni bilik aku, Thia?" Sylvan bertanya ingin tahu.

Emilia tidak membalas persoalan itu. Dia menggenggam kemas tangan Sylvan dan mengusapnya lembut.

"Aku tahu apa yang aku buat agak melampaui batas sebagai seseorang yang berdarah diraja. Tapi dengan cara ni je, aku mampu hapuskan mereka dan berikan pengajaran kepada yang lain, Sylvan." Emilia bersuara, langsung tidak memandang wajah Sylvan.

"Kau terlalu lemah, Sylvan. Kau terlalu baik sehinggakan mereka tak teragak-agak untuk khianati kau dari belakang. Mungkin suatu hari nanti, mereka juga tak teragak-agak untuk bunuh kau demi memastikan kedudukan mereka sendiri tak tergugat di masa depan." Emilia terus berkata-kata dan Sylvan membiarkan saja wanita itu bercakap.

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now