Bab 35: Illusion Play by Mind

258 23 0
                                    


Keesokan harinya, Emilia keluar bersama Zenrys dan Svaadria.

Mereka bertiga berjalan di bandar untuk melihat keadaan setelah kejadian malam tadi.

Seperti yang dijangka, kawasan bandar dikawal dengan ketat. Ada saja pengawal diraja di mana saja mereka pergi.

"Ah, sia-sianya mereka kerahkan pengawal diraja ni," kata Emilia.

Zenrys dan Svaadria mengangguk setuju.

Mereka bertiga kemudiannya singgah ke sebuah kafe untuk sarapan bersama.

"Aku nak ke tandas sekejap. Kau tolong pesankan makanan aku boleh?" Svaadria bertanya pada Emilia.

Emilia mengangguk.

"Kau nak apa?"

"Zenrys tahu apa yang aku suka," kata Svaadria sambil memandang Zenrys dengan senyuman.

Zenrys mengeluh kecil sebelum mengangguk faham.

Setelah itu, Svaadria berlalu mencari tandas sementara Zenrys dan Emilia memesan makanan mereka di kaunter.

Dalam masa yang sama, di satu bilik khas yang ada di dalam kafe itu, terdapat sekumpulan wanita muda sedang mengadakan perjumpaan kecil-kecilan. Aktiviti mereka semestinya bergosip tentang kejadian yang berlaku pada malam semalam.

Di kalangan mereka, Lisa turut menyertai perjumpaan kecil itu.

Sementara yang lain sibuk bercakap tentang kejadian penculikan serta pasangan keluarga Clover, Lisa hanya diam sambil menikmati kopinya.

Tika semua sedang leka, pandangan Lisa tertarik pada dua pasang susuk yang sangat dikenalinya.

Disebabkan bilik itu berdindingkan cermin satu hala, maka dia dapat melihat dengan jelas pasangan yang sedang berdiri di depan kaunter.

Lisa terus memerhatikan pasangan itu. Matanya hanya tertumpu kepada mereka kerana dia berasa tertarik dan tertanya-tanya tentang hubungan mereka.

Melihat pasangan itu, Lisa teringatkan Svaadria.

Senyuman penuh makna terukir di bibirnya.

*****

Dalam masa yang sama, situasi di istana juga berubah sejak dari kes malam itu.

Perjumpaan di antara raja kerajaan dan juga para menteri diadakan bagi membincangkan perkara tersebut.

Mereka semua berkumpul di bilik mesyuarat.

"Macam mana dengan kumpulan mencari, General Irwin? Ada apa-apa perkembangan atau sebarang petunjuk?" Raja Franz bertanya pada Irwin, yang turut menyertai perjumpaan itu selaku ketua pengawal diraja.

"Masih tak ada apa-apa perkembangan tuanku. Kami juga langsung tak menemukan sebarang petunjuk di tempat kejadian," lapor Irwin dengan penuh kehampaan.

"Kalau perkara ini tidak dapat diselesaikan dengan segera, nampaknya majlis upacara turun takhta tak dapat dijalankan dengan segera," kata Varco, selaku seseorang yang bertanggungjawab untuk menyusun atur majlis upacara yang sepatutnya berlangsung pada hari ini.

"Saya setuju dengan pendapat Tuan Varco," kata Yven, selaku penjaga barangan adat diraja yang akan digunakan untuk upacara itu.

Varco Gorgo dan Yven Penelope adalah dua keluarga yang memegang peranan penting dalam menguruskan majlis turun takhta dan perlantikan raja kerajaan yang baru. Jika kedua-dua keluarga itu bersetuju, maka majlis itu akan diadakan seperti biasa.

Melihat pada situasi kini, kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk menangguhkan semuanya.

Para menteri saling berpandangan sesama mereka. Tingkah mereka seolah-olah menunggu salah seorang dari mereka membantah keputusan dua keluarga itu.

The Dark Assassin [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora