Bab 27: Target 1 - Falcon Residence

301 38 5
                                    

Sebulan kemudian

"Zen!" Emilia meredah masuk ke dalam pejabat Zenrys dan segera mendapatkan lelaki itu.

"Apa kau ni? Terkejut aku!"

Emilia duduk di hadapan lelaki itu.

"Jom ke kediaman Falcon."

Berkerut dahi Zenrys apabila mendengar ajakan wanita itu.

"Nak buat apa dekat sana?"

"Adalah kerja sikit. Aku nak buat kacau sikit." Emilia berkata dengan senyuman jahat terukir di wajahnya.

Zenrys menepuk dahi mendengar alasan Emilia.

"Apa maksud kau ni?"

Riak muka Emilia berubah serius.

"Aku dah lama merancang. Dah tiba masa untuk jalankannya." Nada suara Emilia turut menjadi serius.

Melihat keseriusan Emilia, Zenrys menghela nafas berat.

"Macam mana dengan Irwin? Dia tahu tentang ni?" Zenrys memandang tepat pada Emilia.

Emilia memalingkan wajahnya.

"Kau tak beritahu apa-apa dekat dia, bukan? Kau lupa ke siapa dia dalam hidup kau sekarang ni?"

Emilia tidak berkata apa. Dia masih memalingkan wajahnya, cuba untuk menyembunyikan kebenaran dari diketahui Zenrys.

Zenrys mengeluh pula.

"Emilia, dia suami kau sekarang. Kau kena beritahu semua ni dekat dia supaya dia tak risaukan kau."

Emilia mengembungkan pipinya.

Zenrys meraup wajahnya. Kadang-kala melayankan sikap wanita di hadapannya itu, sememangnya menyakitkan hati dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

"Hmm. Apa-apalah, Emilia. Aku boleh je bawa kau ke sana. Tapi ingat, jangan menyusahkan aku dan jangan timbulkan masalah yang boleh jejaskan imej aku." Zenrys berpesan dengan tegas.

Emilia tersenyum sendiri.

"Terima kasih, Zenrys." 

Emilia segera berdiri dan berlalu keluar dari bilik lelaki itu.

Zenrys menggeleng melihat keterujaan wanita itu.

*****

Setelah bertemu dengan Zenrys, Emilia pergi ke rumah keluarga Clover untuk bertemu dengan Roger pula.

Melangkah saja masuk ke dalam rumah, tubuhnya dipeluk erat oleh seseorang.

"Irwin! Aku lemas!" Emilia berkata sambil memukul lengan Irwin.

Irwin mencium dahi dan pipi Emilia berkali-kali sambil memeluk erat tubuh wanita itu.

"Aku ingatkan kau ada dekat istana?"

Irwin tersenyum lebar.

"Saja balik nak makan tengah hari. Tapi tak sangka pulak yang aku akan terjumpa dengan isteri aku ni."

"Aku nak jumpa Roger sebenarnya."

"Hmm? Ada apa-apa ke?"

Emilia menggeleng.

"Tak ada apa pun. Saja nak bersembang dengan dia sikit."

Irwin tiba-tiba mencempung tubuh Emilia dan wanita itu menjerit kecil.

"Jom! Dia ada dekat bilik membaca tengah tunggu kau."

"Turunkan aku! Aku boleh berjalan sendirilah."

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now