Bab 40: Unwell

254 24 2
                                    


Emilia membuka matanya apabila dia merasakan tubuhnya dipeluk erat oleh seseorang.

"Irwin." Emilia memanggil dengan suara yang perlahan dan agak serak.

Irwin membuka matanya.

"Sakit lagi ke?" Irwin bertanya risau.

Emilia mengangguk perlahan.

"Nak minum?"

Sekali lagi Emilia mengangguk.

Irwin bangun. Dia menuangkan air yang sudah sedia di atas meja lampu ke dalam gelas.

Gelas itu kemudiannya dihulurkan kepada Emilia.

Emilia bangun. Dia mengambil gelas itu dan meneguk minuman itu sehingga habis.

Irwin mengambil semula gelas itu setelah Emilia menghabiskan minumannya.

"Berehat lagi ya. Kau tertekan sikit ni."

Irwin membaringkan Emilia semula dan dia turut berbaring di sebelah isterinya itu.

Tubuh Emilia dipeluk erat.

"Kalau aku tahu kau masih tak okey, aku tak akan bawa kau balik ke sini dan biarkan kau berehat dekat rumah je." Irwin membebel.

Emilia tidak bersuara. Dia terlalu penat.

Irwin mencium kedua-dua belah kelopak mata Emilia.

"Berehatlah. Aku ada dekat sini."

Emilia diam dan tenang di dalam pelukan Irwin.

Beberapa saat kemudian, baru saja Emilia mahu kembali lena, tiba-tiba dia merasakan kesakitan di seluruh tubuhnya.

Tubuhnya dirasakan seperti direnjat arus elektrik.

Jantung Emilia berdegup kencang dan ia sangat menyakitkan.

Tubuh wanita itu juga berpeluh dan menggigil.

"Cynthia?" Irwin perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan Emilia.

Lelaki itu kembali bangun dan menghidupkan lampu meja.

"Thia!" Irwin segera mendapatkan Emilia dan memeluk tubuh wanita itu.

"Apa yang terjadi ni?" Irwin panik melihat keadaan Emilia yang seperti menahan sakit yang teramat.

"Irwin... . Sakit." Emilia berkata dengan suara yang bergetar.

Emilia menangis teresak-esak menahan kesakitan.

Irwin tidak melepaskan pelukannya. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

Dia berasa kasihan melihat keadaan Emilia. Lagipula, tidak pernah dia melihat isterinya itu menangis seperti itu sebelum ini.

Beberapa minit kemudian, keadaan Emilia kembali tenang. Nafasnya kedengaran stabil dan jantungnya tidak lagi berdegup kencang.

Irwin menghela naafas lega. Dia memandang wajah Emilia yang sudah tenang dan kembali lena.

Peluh di dahi Emilia dilap.

"Berehat dengan tenang, Thia."

Malam itu, Irwin berjaga sepanjang malam kerana merisaukan keadaan Emilia.

*****

Keesokan paginya, Svaadria membawa Lisa untuk memeriksa keadaan Emilia.

Lisa melakukan tugasnya.

Setelah diperiksa dan dicucuk jarum cecair IV, Emilia kembali memejamkan matanya. Dia mahu berehat lagi.

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now