Bab 5: Lust and Nightmare

596 59 10
                                    


Emilia duduk mengeluh menghadap beg sandangnya.

Penat kerana seharian memujuk Lina agar melepaskan dirinya pergi.

Nasibnya baik kerana Lina akur dengan keputusan yang dibuat. Tetapi masalahnya, seharian remaja itu melekat dengan dirinya. Mahu dimanjakan buat kali terakhir katanya.

Emilia mengeluh lagi buat kesekian kalinya.

"Mengeluh je. Tak ada kerja lain ke?" sapa satu suara yang bagi Emilia, tidak asing lagi pada  pendengarannya.

"Bukan urusan dan masalah kau pun. Lebih baik kau keluar dari sini."

Emilia tidak mengendahkan si dia.

Malah, dia juga duduk membelakangkan si tetamu dan dirinya juga berpura-pura sibuk mengemas kelengkapan untuk perjalanannya nanti.

"Aku dengar perbualan kau dengan Lina."

Derap kaki menghampiri.

"Kau memang biadab ke? Curi dengar perbualan orang. Masuk khemah perempuan pada waktu malam macam ni. Mana adab kau eh?" bebel Emilia sambil memerli.

Tiba-tiba di dapat merasakan yang tetamu tidak diundang itu duduk di belakangnya.

"Semuanya sebab aku cintakan kau."

Tubuh kecilnya tiba-tiba dipeluk dari belakang. Kemas dan sangat merimaskan.

"Apa kau ni? Lepaslah!"

Emilia menggelupur ingin melepaskan diri. Dia tidak suka diperlakukan sebegitu rupa.

Pelukan semakin kemas dan erat.

"Lepaslah!"

Belakang kepala terus dihentak tepat pada dahi si dia yang memeluk erat.

Pelukan melonggar dan dalam kesempatan itu, Emilia segera berdiri dan menjauhkan diri.

"Kau dah kenapa? Gila?!" Dada Emilia berombak laju. Nafasnya juga tersangkut-sangkut.

Lelaki itu berdiri. Dahinya yang merah digosok perlahan.

"Keluar dari sini, Evan. Aku tak nak menjerit sebab aku tak nak kejutkan semua orang." Jari Emilia lurus menunjuk ke arah pintu khemah yang tertutup rapat.

Si lelaki tidak berganjak. Tetap juga berdiri di tempatnya tadi.

"Keluarlah!" Nada suara Emilia semakin meninggi.

Tiba-tiba Evan menghilang.

Emilia tersentak.

Evan muncul di belakangnya, dan sekali lagi tubuhnya dipeluk. Kali ni, lebih kemas dan tubuhnya juga dikunci dan dia tidak mampu untuk bergerak.

"Bukan kau saja yang boleh gunakan magik. Aku pun boleh juga," bisiknya perlahan di tepi telinga si wanita.

"Apa yang kau nak dari aku sebenarnya ni?" tanya Emilia sambil mengetap gigi menahan marah.

"Seperti yang aku katakan tadi, aku cintakan kau dan aku dalam misi nak ambil hati kaulah ni."

"Apa kau mengarut ni ha?! Nak ambil hati pun, perlu ke buat aku macam ni sekali?"

Evan mendekatkan bibirnya pada telinga Emilia.

"Aku ni bukannya senang nak jatuh hati pada seseorang wanita tau. Jika aku dah cintakan seseorang tu, aku akan pastikan bukan hatinya saja aku miliki, malah luar dan dalam juga akan menjadi milik aku." ungkap Evan sebelum melayangkan kucupan hangat pada pipi si wanita.

Terus meremang bulu roma Emilia apabila memahami maksud kata-kata Evan.

"Aku tak akan biarkan kau miliki hak aku!"

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now