Bab 3:Don't Play With Me

710 79 4
                                    


Tangisan bayi membuatkan dia terjaga.

Emilia duduk mengejut. Dia memandang sekelilingnya, mencari punca suara itu.

"Isaac." Terus wanita itu turun daripada katil dalam keadaan tergesa-gesa.

Dia berlari keluar dari khemah tanpa sempat dia memakai kasut. Terus menerjah masuk ke dalam khemah Lina.

Lina yang sedang menjahit di atas katil, terpaku dengan kehadiran mengejut Emilia.

"Kenapa ni kak?"

Emilia tidak menjawab, malah dia segera menghampiri katil bayi Kyril.

Kelihatannya, bayi itu sedang nyenyak tidur di situ. Siap hisap jari lagi.

Emilia terduduk. Matanya dipejam rapat.

"Kenapa ni kak?" Lina meninggalkan kerjanya lalu menyapa Emilia.

"Akak bermimpi je kut." Keluhan meniti di bibir.

"Mimpi apa, kak?" Lina memandang tepat pada wajah Emilia. Dia ingin tahu, mimpi buruk apakah yang dialami oleh wanita itu sehingga mengejutkannya.

Emilia membuka matanya.

Dia menoleh, memandang wajah Lina yang penuh dengan tanda tanya.

Emilia melakar senyuman.

"Tak ada apa, Lina. Ia hanya mimpi dan mainan tidur."

Emilia berdiri.

Lina memandang saja.

"Akak nak bersiap. Banyak lagi benda yang belum selesai ni." Emilia beralasan.

Lina mengembungkan pipinya. Dia tahu yang Emilia sembunyikan sesuatu darinya.

Emilia berlalu mahu keluar.

Tika menyelak pintu khemah, baru dia sedar, dirinya tak berselipar!

"Aduh la... Pagi-pagi lagi dah buat mood aku barai."

Dengan terpaksanya, Emilia menapak ke khemahnya semula dengan hanya berkaki ayam.

Sedang Emilia berjingkit-jingkit menuju ke khemah, tiba-tiba wanita itu mengelak dari serangan seseorang.

Disebabkan hilang keseimbangan badan, Emilia jatuh terduduk.

"S**l betul lah! Apa malang sangat pagi aku ni."

Emilia membentak-bentak memarahi diri.

"Hoi! Kau pahal eh?" Mata memandang tajam pada seorang lelaki yang berdiri di depannya.

Lelaki itu memandang Emilia dengan penuh amarah. Di dalam genggamannya, terdapat sebatang kayu yang panjang dan berpaku.

"Tsk! Kena sampuk agaknya budak ni." Emilia berkata sendiri. Hatinya juga membara melihat wajah lelaki di hadapannya itu.

Lelaki itu mengangkat kayu itu lalu menghayunkannya ada Emilia.

Emilia bergolek, mengelak serangan itu. Pada masa yang sama, sambil tertiarap, wanita itu menyepak keting kaki si lelaki.

Lelaki itu mengaduh kesakitan, tetapi masih teguh berdiri.

Kaki dihayun ingin menyepak Emilia.

Emilia segera mengangkat kakinya ke udara. Tangan menyokong tubuh yang tegak di udara.

"Apa masalah kau ni ha?"

Lelaki itu tetap dengan jawapannya. Diam membisu!

Kayu berpaku dihayunkan. Kali ini targetnya adalah tangan Emilia yang menyokong tubuh wanita itu.

The Dark Assassin [C]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora