Bab 13: An Accident

331 33 4
                                    


Setelah makan tengah hari, Emilia dan Svaadria berpisah mengikut haluan masing-masing.

Emilia mengambil keputusan untuk menjenguk Hannah yang masih sibuk menghias di dewan istana.

"Hannah." Emilia tersenyum ke arah wanita itu sambil melambai mesra.

"Emilia. Apa kau buat dekat sini?" Hannah ternyata terkejut dengan kedatangan sahabatnya itu.

"Saja datang menjenguk. Kut la kau perlukan bantuan apa-apa ke?" kata Emilia sambil memandang sekeliling.

Hannah menggeleng.

"Tak ada apa pun. Kerja-kerja berat boleh je aku suruh Danny dengan budak-budak yang lain tolong."

"Okey la kalau macam tu. Ada apa-apa yang boleh aku tolong?"

"Hmm..." Hannah memandang sekeliling, mencari kerja yang sesuai untuk Emilia lakukan.

"Tak adalah. Tapi apa kata kau tolong Danny pasang hiasan dekat langsir sana?"

"Okey."

Emilia menghampiri Danny.

"Hei."

Danny mendongak lalu tersenyum manis.

"Hei. Buat apa dekat sini?"

"Hannah suruh aku tolong kau pasang hiasan dekat sini."

"Oh! Boleh tak awak panjat dan pasang reben ni dekat atas. Saya nak mengemas sikit dekat bawah ni."

"Okey."

Emilia memanjat tangga itu dengan membawa kain reben berwarna hijau.

Ketika dia sibuk memasang kain itu, dia ternampak kelibat seorang lelaki yang dicarinya.

Lelaki itu sedang sibuk bersembang dengan Sylvan dan dalam masa yang sama, dua lelaki itu semakin menghampiri kawasan dewan.

Tika Emilia sibuk memasang sambil menjeling dua lelaki itu, seorang pekerja Hannah berjalan mengundur dan tidak menyedari kewujudan tangga yang dipanjat Emilia. Lelaki muda itu terlanggar tangga tersebut.

Tiga lelaki yang kebetulan berada dekat dengan tangga tersebut dan terlihat kejadian itu, segera mendapatkan Emilia.

"Awak tak apa-apa ke?"

Emilia terdiam dan terkaku. Dia terkejut dengan kejadian yang berlaku.

"Emilia?" Danny bertanya dengan nada risau.

Emilia mengelipkan matanya beberapa kali.

"Emilia." Hannah memanggil.

Dia memandang sekeliling dan baru tersedar bahawa dia berada di dalam dukungan Danny.

Sylvan dan Irwin turut berada di situ, memandang tepat ke arahnya dengan riak risau.

Emilia segera melompat turun dari dukungan Danny. Mukanya memerah apabila dirinya menjadi tumpuan ramai.

"Terima kasih," ucap Emilia dengan perlahan.

Danny tersenyum senang.

"Sama-sama. Betul awak tak apa-apa ni?" Danny menunduk sedikit, cuba mencari mata Emilia.

Emilia mengalihkan pandangannya.

"Ya, aku okey je."

Danny mengangguk faham.

"Baguslah kau tak apa-apa. Risaunya aku." Hannah memeluk lengan Emilia dan meluahkan kerisauannya.

"Jangan risau, aku okey je." Emilia tersenyum pada Hannah.

The Dark Assassin [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora