Bab 47: Unexpected Provocation

217 20 2
                                    

"Mulakannya." Emilia mengeluarkaan arahan dengan nada tegas.

Anak-anak buah Heera mua bergerak. Mereka membunuh semua pengawal yang berjaga di luar kawasan istana.

Reina dan Raina selaku penembak tepat turut membantu menembak pengawal yang ada.

Sementara pengawal di luar diuruskan oleh anak buah Heera, Irwin mengarahkan tenteranya untuk meredah masuk ke dalam istana dan menyerang semua pengawal yang ada dan menangkap semua penghuni istana kecuali si raja dan putera mahkota.

Suasana yang tadinya senyap sepi, kini mulai kecoh disebabkan serangan mengejut itu.

Jeritan demi jeritan kedengaran. Bunyi lagaan pedang serta senjata plasma turut kedengaran.

Sylvan yang tadinya duduk menantikan isyarat, terus berdiri tegak apabila biliknya tiba-tiba menjadi gelap. Kekecohan mula kedengaran dan tahulah Sylvan bahawa serangan sudah dimulakan.

Pisau yang dihadiahi oleh Emilia disisipkan di pinggang.

Dia memejam mata sejenak dan mengambil nafas dalam. Nafas dilepaskan dengan perlahan dan mata dibuka semula.

Dia melangkah keluar dari bilik dengan penuh keyakinan.

Sementara itu, Franz yang tadinya leka dengan kertas kerjanya, terus terkejut apabila biliknya tiba-tiba menjadi gelap dan dia terdengar kekecohan dari arah luar.

Pintu bilik Franz tiba-tiba dibuka dengan kasar.

Franz terus berdiri kerana terkejut.

"Tuanku, istana telah diserang! Tunku perlu larikan diri dari sini sekarang juga!" Elias berkata dalam keadaan berpeluh dan termengah-mengah.

Baru saja Franz mahu membuka mulut dan bertanya berkenaan serangan di luar sana, Elias tiba-tiba rebah.

Ternyata pembantunya itu sudah ditembak tepat di kepala.

Mayat Elias terbaring di depan pintu dangan darah mengalir deras dari lubang di kepalanya.

Franz terkejut dan dirinya diselubungi ketakutan.

"Selamat malam, tuanku." Suara seorang perempuan kedengaran.

Franz memandang tepat ke arah satu susuk seorang perempuan bertopeng yang berdiri di depan bingkai pintu biiknya.

Suasana gelap itu menyukarkan pandangan Franz, namun pada topeng yang dipakai oleh perempuan itu, tahulah Franz siapakah kumpulan penyerang yang berani menceroboh istananya.

"Tuanku jangan risau, saya tak akan bunuh tuanku buat sekarang memandangkan ada sesuatu yang perlu dibincangkan atara kita berdua." Emilia berkata dengan nada suara yang lembut, tetapi kedengaran seram di pendengaran Franz.

Emilia melangkah masuk ke dalam bilik Franz dan duduk di sofa dengan gaya selamba.

"Apa kata kita duduk dulu, tuanku?" Emilia mempelawa dengan senyuman terukir di balik topengnya.

Raja Franz teragak-agak. Namun disebabkan dia tidak mampu berbuat apa-apa tika itu, dia akur saja dengan arahan perempuan itu.

Si raja duduk bertentangan dengan si perempuan.

Lampu tiba-tiba kembali hidup dan bilik itu mulai diterangi dengan cahaya.

Beberapa saat kemudian, seorang wanita dengan berpakaian seperti pembantu istana dan bertopeng, masuk ke dalam bilik dengan menolak satu troli yang dipenuhi dengan minuman panas serta makanan ringan.

Dua susuk lelaki bertopeng turut muncul dan mengehret mayat Elias keluar dari balik itu.

Franz hanya mampu memerhatikan tingkah tiga manusia itu melakukan tugas mereka dengan tenang meskipun kekecohan berlaku di luar sana.

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now