Prolog

27.3K 832 71
                                    

"Doktor Fakrul! We need you at ER now..." Panggil jururawat Nora yang kelihatan sangat cemas ketika itu.

Fakrul yang baru sahaja ingin melelapkan mata segera terbangun dari kerusinya. Kerja sebagai doktor sepertinya memerlukan khidmat mereka tanpa mengira masa.

Laju kakinya melangkah keluar dari biliknya bersama Nora menuju ke ER.

"Apa yang berlaku Nora?" Soal Fakrul sambil berlari anak.

"Kemalangan di simpang tiga traffic light berhampiran dengan hospital kita ni. Mangsa seorang wanita yang sedang sarat hamil. Identiti belum dikenalpasti lagi doktor." Serba ringkas Nora menjelaskan tentang keadaan mangsa.

Mendengar mangsa adalah wanita hamil serta merta hatinya berasa tidak tenang. Sejak dari pagi tadi dia teringatkan buah hatinya itu. Namun dia cuba sedaya upaya menyahkan perasaan gundah itu jauh dari fikirannya.

Semakin dekat dia dengan kawasan ER hatinya semakin berdebar. Bukan pertama kali dia ke sini hari ini. Namun entah kenapa seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaannya?

Belum sempat dia membuka pintu bilik itu, rakan sekerjanya terlebih dahulu keluar dengan baju kot putihnya yang sudah dihiasi dengan tompokan darah.

"Fakrul!" Terkejut Mizan saat terserempak dengan Fakrul di hadapan pintu ER.

"Kenapa ni?" Soal Fakrul.

Pelik juga Fakrul apabila Mizan melihatnya dengan wajah yang sugul.

"Kita terpaksa bawa mangsa ke bilik pembedahan sekarang. Kalau tak bayi tu tak akan selamat." Jelas Mizan dalam keadaan cemas.

"Teruk ke? Aku masuk dalam dulu. Nak tengok keadaan mangsa."

Belum sempat Fakrul masuk ke dalam, Mizan menyambar lengannya dengan kemas. Nora juga turut terberhenti langkahnya apabila Fakrul dihalang masuk oleh Mizan.

"Kau ni kenapa Mizan?" Geram juga dengan Mizan ni. Tak kanlah dalam saat gentir macam ni pun nak ajak berbual. Depan ER pula tu.

"Aku harap kau bertenang Fakrul. Ingat, be profesional." Pesan Mizan dengan tegas.

Hatinya semakin tidak senang mendengar pesanan dari rakan baiknya itu. Segera Fakrul masuk ke dalam kerana tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan.

Dari jauh, Fakrul sudah dapat melihat keadaan mangsa yang berlumuran darah di wajahnya. Beberapa orang doktor dan jururawat sedang sedaya upaya memberikan rawatan kecemasan. Jelas ketika ini menunjukkan mangsa dalam keadaan parah.

Mati langkah Fakrul saat melihat baju yang dipakai oleh si mangsa. Dia cukup kenal dengan baju itu. Tubir matanya semakin panas. Teringat kata-kata isterinya semalam, seolah-olah dia dapat menjangkakan sesuatu yang buruk akan terjadi.

"Biey, nanti sayang nak biey yang sambut anak kita ni. Kalau ditakdirkan sayang pergi dulu, biey jaga anak kita ni baik-baik ye."

Sebaik sahaja Fakrul mendekati katil si mangsa, terus dia jatuh terduduk.

"Sayang!"

💞💞💞💞💞💞💞

Maaf,akak terpaksa unpublish sbb buku ini bakal berada dalam versi cetak bln hadapan inshaAllah.
Nanti akak akan publish separuh bab dan beberapa teaser.
Yg berminta untuk dapat buku ni nnt, blh add akan nnt Is Ary di fb.
Akak akan war2 kan di sana.

Doakan yang terbaik.

Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover BaruWhere stories live. Discover now