❀ Special Chapter 1❀

3.6K 96 9
                                    

Mangkuk panas yang berisi kuah sambal, di letak elok di atas meja makan. Kepala menoleh jam di dinding yang sudah hampir menginjak ke pukul 8 pagi. Di bawa diri ke bahagian singki untuk membasuh segala periuk, belanga yang digunakan tadi. Leka membasuh, tersentak dek pelukan di bahagian pinggang nya. Tak usah menoleh melihat kerana dia tahu siapa yang memeluknya.

Zufarr mengeratkan pelukannya di pinggang langsing milik Raisya. Di labuhkan kepala di atas bahu si isteri. Raisya sudah 'hm' kerana pekerjaannya menjadi sukar. Dek beban di bahu. Tetapi, dirinya merasa suka.

"Jazakillahukhairan , ya zaujah" Raisya tersenyum mendengar bisikan dari Zufarr.

" Wa iyyaka, ya zauj," itu saja yang di balasnya sebelum meneruskan kerjanya. Fikirnya Zufarr akan berhenti memeluknya, tapi encik somi ni peluk tak nak lepas pula.

"Abang.. Bila nak lepas Selena ni? Sayang nak habiskan membasuh ni cepat-cepat tahu?"

Zufarr tersengih suka. Dia saja nak manja-manja dengan si isteri. Ini isterinya sudah mula berleter dia jadi lagi suka. Suka nak mengacau Raisya.

" Ala sayang, kejap je. Lagi pun karang anak-anak kita bangun, susah nak sowit-sowit ha," memuncung manja dia mengadu. Raisya tertawa.

"Tak nak ar abang. Abang busyuk sekarang. Pergi naik atas mandi then turun breakfast okay,".

Zufarr pun, " Eleh, cakap jelah yang sayang tergoda bau peluh abang ni kan?"

Raisya ketawa dan mula pusing belakang. Memandang si suami yang sudah melepaskan pelukan. Nak merajuk lah tu. Raisya senyum sehingga naik lekuk ketembaman pipinya. Zufarr rasa nak gigit-gigit saja isteri dia ni. Dah jadi mak budak pun comel lagi. Macam manalah dia nak merajuk kalau tak sampai seminit, Raisya sudah mencairkan hatinya.

"Abang, sayang memang suka bau peluh abang ni. But, abang jangan lupa erk kesilapan abang. Abang keluar jogging tak ajak sayang pun. So, for the punishment . Go up, take a bath, pakai baju and turun makan. Sayang nak kejutkan anak,anak. Kalau abang tak naik dari sepuluh saat sekarang. Abang tidur luar bilik malam ni," mana mungkin dia akan lupa denda untuk sang suami.

" Pakai baju ja? Yang lain? Sayang nak tolong pakaikan ke?"

Zufarr sudah mula usik-mengusiknya. Raisya sudah 'hm' sebelum di piat telinga Zufarr dan tarik manja keluar dari dapur dan menolak tubuh itu naik di ikuti dirinya juga . Zufarr tiada rasa nak marah atau apa. Yang dia lakukan hanyalah ketawa suka. Seronok bikin si isteri cantik dia marah.

____

Boy turun dari tangga menuju ke meja makan. Di sapa ibu dan Walid dengan ucapan selamat pagi.

"Pagi ibu, pagi Walid ! "

Di hadiahkan ciuman manja di pipi ibunya dan menarik kerusi di sebelah Zufarr.

"Walid, mana sorang lagi anak manja Walid tu?" Boy bertanya bila melihat kerusi di samping ibunya masih kosong. Belum pun sempat Zufarr menjawab,

"Pagi ibu! Pagi Walid!"

Raisya dan Zufarr sudah saling melihat antara satu sama lain. Anak yang seorang tu, belum turun tangga, dari atas dah nyaring menyapa. Ikut perangai tak semengah siapalah !

"Bhuk! Bhuk! Walid, kasi air!" Boy yang tadi baru nak telan nasi lemak masakan ibunya sudah tersedak. Masyallah, adik dia ke tu? Zufarr lekas menuangkan air untuk anak sulungnya. Raisya pula,

" Sharifah Zah.." tak habis panggil dah ada sebelahnya.

"Ya saya ibu. Sharifah Zahrin Aisha di sini," Raisya pandang anak dara seorang itu. Zahrin, anak perempuan kepada Tengku Raisya Namira Selena dan Sheikh Zufarr Hilal. Setelah menghadiahkan ciuman pada pipi Walid nya, beralih pula mencium pipi si ibu.

My Dear Mrs Bond [B1] (COMPLETED)Where stories live. Discover now