#13

6.4K 284 5
                                    

Hari yang di tunggukan oleh keluarga Raisya dan Zufarr kini telah tiba iaitu hari majlis repsesi mereka berdua. Hari yang memberi kebahagiaan buat mereka namun hari yang cukup buat Zufarr merasa gelisah. Entah kenapa hati dia begitu tidak senang tika itu. Ramai sanak saudara dijemput malah rakan-rakan mereka turut juga serta ada.  Setelah selesai majlis resepsi mereka, Zufarr dan Raisya menaiki kereta yang dihadiah oleh keluarga mereka untuk pulang ke rumah mereka.

"Abang kenapa?" soal Raisya apabila sedar riak tidak senang dari Zufarr.

"I dont know sayang. Hari ni sepatutnya rasa happy tapi entahlah. Tak apalah harap semuanya okay" kata Zufarr menyedapkan hatinya.

"Okay"

Sebaik saja sampai di rumah yang turut dihadiahkan oleh Haidar, mereka mula melangkah memasukinya.

"Cantiknya!" ujar Raisya riang dan gembira sebab abangnya memang tahu citarasanya.  Zufarr hanya tersenyum melihat tingkah laku isterinya.

"My wife, pergi mandi dulu" arah Zufarr apabila melihat Raisya sudah mula berbaring di atas sofa mewah yang panjang.

"Em 5 minutes please!" rayu Raisya.

"No2. Now sayang. Sayang nak abang mandikan sayang ke?" sebaik mendengar ugutan Zufarr, Raisya pantas bangun menaiki tangga ke bilik mereka. Terhambur ketawa Zufarr dek lucu melihat kekalutan Raisya.

Sebulan kemudian~

"Tahniah Tengku! Tengku hamil dan kandungan Tengku sudah masuk 2 minggu" Terngiang2 kata-kata doktor yang merawatnya kelmarin. Sejujurnya dia gembira, namun dengan keadaan yang dihadapinya kuatkah dia?

"Raisy dah bangun?" Haidar yang baru masuk melabuhkan punggung di birai katil adiknya.

"Sabar okay. In-shaa-allah kita doakan Farr selamat dekat mana pun dia ada. Adik kena jaga kesihatan lagipun adik dah bawa satu nyawa. Wake up and be strong! Kami semua sentiasa ada untuk adik" ujar Haidar memberikan kata2 semangat buat Raisya satu2nya adik kandungnya.

Raisya sebak mendengar kata2 abangnya. Sungguh dia tak berdaya nak harungi semua ni. Selepas seminggu dia dan Zufarr mengecapi bahagia, mereka terlibat dalam kemalangan. Tidak sampai 24 jam mereka berada di hospital, Zufarr disahkan hilang semasa hospital mengalami kebakaran. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

"Abang, Raisy dah buat keputusan nak sambung belajar dekat Korea. Can I?" Haidar terkejut mendengar kata2 adiknya. Cepatnya keputusan yang dibuat namun dia tidak akan menghalang. Kerana itu yang terbaik buat Raisya dan keselamatan Raisya lebih terjamin.

Hai korang. Yeay finally! Dah update! Tapi sorry sebab pendek. Kesian Raisya dan Zufarr.. Sorry sebab author kejam sikit 😊
Tak apa biar dorang sedih sebab awan yang mendung tak kekal . lama-lama mesti akan terpancar matahari dan munculnya pelangikan.. Stay baca dan vote and komen okay. Sebab tanpa komen korang tak kan adanya semangat author nak sambung.. Jgn lupa tekan 🌟 lepas baca okay.. Sayang korang 😉😘💕

My Dear Mrs Bond [B1] (COMPLETED)Where stories live. Discover now