#2

11.5K 468 4
                                    

Sebaik sahaja pelajar yang didenda tadi keluar dari war room. Raisya terus meletakkan kepala dia atas meja. Letih. Dah hampir 3 tahun dia mengadap pelbagai masalah semasa jadi pengawas sekolah. Tapi sikit dia tak kisah. Keluhan berat dilepaskan.

Haidar yang melihat sahaja Raisya hanya diam tidak berkutik. Dia tahu Raisya mesti dah penat. Namun dia tahu Raisya bukanlah orang cepat mengalah dan berputus asa. Pintu bilik war room dibuka. Pantas kedua-dua beradik itu memandang.

"Assalamualaikum!"

Ameer memberi salam sebaik sahaja memasuki war room tersebut. Dia mengambil tempat di sebelah Haidar yang kedudukan menghadap Raisya.

"Waalaikumussalam!"jawab Haidar dan Raisya serentak.

"Ada kes lagi ke beb?" tanya Ameer memandang Haidar. Haidar hanya mengangguk. Raisya yang berpeluk tubuh memandang Iwatch dia. Shit! Rehat dah nak habis!

"Okay ar abang-abang sekalian, Raisy nak keluar dulu,"pinta Raisya seraya bangun menolak kerusi yang diduduki dia ke dalam meja semula.

"Nak pergi mana?" tanya Haidar dan Ameer serentak. Raisya yang baru sahaja nak keluar berpaling.

"Aduh dah tahu lagi mau tanya ke brader? Tengok jam! Raisy dah lapar ar! Nak pergi kantinlah takkan nak baham manusia!"jawab Raisya sambil melangkah keluar. Ameer dan Haidar yang mendengar menoleh memandang sesama sendiri. Lalu masing-masing garu kepala yang tak gatal.

Seusai membeli makanan, Raisya memilih tempat duduk yang diduduki Spirit.

"Hey guys!"sapa Raisya sebaik duduk di sebelah Moon. Wait! Asal Moon nama dia? Actually nama dia Tengku Munnirah tapi disebabkan dia cantik bak bulan so Spirit panggil Munnirah dengan Moon.

Spirit diam sambil menikmati makanan masing-masing. Raisya yang hendak bangun sedikit kaget sebaik sahaja Angel berada hanya jauh seinci dari dia.

"Kau nak apa Angel?"tanya Raisya dingin kedengaran suara dia. Angel hanya tersenyum dan ais blender di tangannya dibawa untuk menuang ke atas diri Raisya. Tapi..

"Ups! Angel what you did hah?" ujar Raisya dalam erti kata mengejek Angel.

Bukannya dia tak perasan apa yang Angel nak buat. Angel sengaja berdiri sebelah dia sebab nak tuang minuman sejuk tu ke atas dia. Tapi sayang, Raisya lagi tangkas menolak tangan Angel ke atas kepala Angel sendiri.

Pelajar-pelajar di kantin yang melihat kejadian tadi semua melopong. Walaupun bukan kali pertama tapi memang mengejutkan. Angel yang terkejut pantas berlari meninggalkan kantin tersebut. Ahli SG yang lain semua dah berlari mendapatkan Angel.

"Ha padan muka kau! " kata Julia manakala gadis Spirit yang lain sudah siap berhighfive. Tak terkecuali ahli TraceHero yang berada tak jauh dari meja mereka. Masing-masing dah berhambur ketawa.

Sampai sahaja di banglo rumah dia. Zufarr perasan ada kereta milik abi dia Sheikh Idrus Al-Islam. Terukir senyuman kegirangan bila tengok kereta abi dia. Mana taknya Sheikh Idrus mempunyai empayar syarikat yang besar dan memiliki anak syarikat di seluruh dunia.

Setiap bulan abi dia akan travel bersama umi iaitu Sharifah Jazlini. Jadi tiada siapa yang tinggal di rumah selain kakak dia Sharifah Helmena yang menguruskan anak syarikat abi di Malaysia.

"Assalamualaikum umi,abi. Kenapa balik tak bagitahu?"tanya Zufarr sebaik sahaja masuk dan menyalami tangan Sheikh Idrus dan Sharifah Jazlini.

"Waalaikumussalam!"

"Saja nak bagi kejutan untuk Farr," jawab Sharifah Jazlini sambil mengusap lembut belakang Zufarr.

"Ouh jadi Along dah tahulah ni. Mana adil!" rungut Zufarr sengaja. Manja! Anak mak Zufarr ni sebenarnya. Sharifah Jazlini dan Sheikh hanya ketawa sahaja melihat kelakuan anak teruna mereka.

"Pergi naik bilik mandi,rehat,siapkan homework dan turun makan. Umi dengan Abi ada hal nak bincang dengan Zufarr. Yer sayang?" arah Sharifah Jazlini.

"Hal apa umi? Abi?"

"Nantilah kita bincang. Pergi rehat dulu ya?" Sheikh Idrus pula mengarah. Zufarr yang mendengar turuti saja arahan umi dan abi dia.

"Apa!" serentak mereka berdua bersuara.

Haidar dan Raisya saling berpandangan. Raisya meminta simpati abang dia. Haidar hanya mengeluh kecil. Takkanlah! Kasihan Raisya.

"No way ayahanda! Raisy muda lagilah. Bonda, please?"rayu Raisya dengan muka dia yang sayu.

"No apanya Raisy. Raisy tahukan bonda tak selalu dekat rumah sebab ikut ayahanda. Makan minum Raisy siapa nak jaga. Memanglah ada pembantu. Tapi kami nak Raisy lebih dilindungi sayang. Lagipun Haidar nak SPM tahun ni. Takkan kamu nak abang kamu terganggu fokus dia sebab nak jaga kamu?"terang Tengku Zimam dengan panjang lebar.

"Raisy sayang,bonda dengan ayahanda nak yang terbaik untuk Raisy.."belum habis Tengku Rahidah memujuk Raisya memintas.

"Tapi bonda,ayahanda. Raisy kan dah terbiasa dengan semua ni. Lagipun apa gunanya ilmu mempertahankan diri yang Raisy ada kalau Raisy tak boleh guna untuk lindungi Raisy?"Raisya bersuara.

Haidar yang mendengar mengangguk setuju. Adik dia Raisya adalah gadis luar biasa. Dari kecil tak pernah nak menyusahkan diri dia.

"Enough Raisy! Ayahanda tak nak dengar lagi alasan kamu. Lagi pula Papa Sheikh dan Mama Amani pun dah setuju. Mereka pun kenal dengan keluarga bakal mentua kamu.."

"Haidar?" panggil Tengku Zimam.

"Ya ayahanda?"sahut Haidar.

"Bawa Raisy naik!"arah Tengku Zimam lalu bangun menuju ke bilik officenya.

Tengku Haidar Habib yang mendengar hanya mengeluh sebelum bangun dan mengajak adik dia naik. Raisya membiarkan sahaja Haidar memimpin dia naik ke bilik. Saat itu yang dia rasa kaki dia bagai tak berpijak pada tanah.

Haidar risau dengan adik dia Raisya. Dari petang tadi lepas tahu pasal tu sampai sekarang tak keluar bilik. Bila panggil turun makan langsung tak nak. Iphone6 di ambil dan app Whatsapp dibuka.

Ting!
Ting!

My Habib ❤
Rai.. Tengah buat apa tu?
Tak lapar ke? 💙

Chat dari Haidar di lihat. Pantas tangan dia menaip.

Tidur√√
Tak√√

Terus sahaja Ip6 dia ditutup. Kolam mata dia yang dirasakan panas dari tadi akhirnya bergenang. Letih. Sedih. Kecewa. Semua dia rasa. Permintaan dan arahan dari ayahanda dan bonda adalah permintaan paling berat. Dia muda lagi. Kenapa mesti dia kahwin? Umur baru 16 tahun.'Still young. Freedom!'

Prang!

Cing!

Bunyi seperti barang pecah (betul tak bunyi tu 😂) Haidar rasa dari bilik Raisya. Laju sahaja dia keluar bersama kunci pendua. Bilik Raisya dibuka. Terbuntang mata dia bila melihat sekujur tubuh di atas lantai dengan darah yang mengalir.

"Macam mana Ham?"

"She's fine. Mujur cepat luka dia dirawat. Anak kau perlu banyak berehat. Memang dia anak yang luar biasa. Tapi bila dia terlalu overthinking, ianya akan membuatkan dia stress dan cepat letih. Last kali akan menyebabkan dia hilang kawalan untuk kawal emosi dia. Senarai ubat aku dah bagi pada wife kau. Aku balik dulu ya?"pamit Doktor Hamid setelah merawat Raisya.

"Terima kasih sekali lagi Ham. Baiklah. Hati-hati.."ucap Tengku Zimam. Tengku Haidar yang turut berada di situ memandang ayahanda dia lalu menggelengkan sahaja kepala sebelum masuk ke dalam bilik Raisya.

1065 words for this chapter. Jangan lupa vote please 😢💕

My Dear Mrs Bond [B1] (COMPLETED)Where stories live. Discover now