#29

5.3K 274 2
                                    

Hai readers yang disayangi sekalian.. Firstly sorry sebab lama tak update busy dengan sekolah.. Nak update tapi masa jeles dengan kita.. 😩 By the way, thanks untuk vote dan comment yang korang bagi. Tq sangat² 😭💖 okay drama lol 😂 tapi serius saya hargai sngat² respons dari korang semua.
Okay saya sebenarnya nak bagitahu yang lepas raya ni mungkin saya akan cuba habiskan MDMB ni .. Kalau boleh sebelum saya road to SPM. Hehehe.. Sebulan lagi nak trial.. Wish me goodluck tau.. Ngee.. So yeahh story ni dah nak sampai ke penamatnya.. Tapiii... In-shaa-allah ada lagi dalam 9,10 bab.. Okay dah lama kot membebel.. Nih untuk korang.. Tq 💕💯
—————————————————

Seusai bersiap dan menunaikan solat maghrib. Raisya menuruni anak tangga lalu pergi ke bahagian ruang makan. Kelihatan makan malam untuknya sudah terhidang. Di tarik kerusi yang selalu didudukinya.

"Mrs Selena.."

Raisya pantas memandang ke arah suara yang memanggilnya.

"Yes Chio. Anything?"

"Yes Mrs Selena. Before that, are you okay?"

"Huh? Um.. Ha im okay. Eh Chio, have a sit.. Duduklah.. Marilah makan dan teman saya makan" jemput Raisya. Chio yang terkejut diajak tersenyum sebelum menolak.

"Tak apalah Mrs. Sekejap lagi saya makan bersama yang lain" tolak Chio dengan baik. Raisya tersenyum.

"Chio, please.. Duduklah. Malam ni kamu anggap saya seperti anak kamu. Lagipun kita sudah lama tidak makan sekali bukan? Saya rindu.. " mendengar pujuk rayu majikannya yang sememangnya manja, Chio akhirnya menyerah.

"Dah lama kita tak makan macam ni kan Daddy.." ujar Raisya bersahaja bangun menghulur nasi untuk Chio.

Chio terkedu mendengar panggilan itu. Chio, walaupun dia sudah tua tapi rupanya masih seperti lelaki 25-an. Dan dia sangat menyayangi Raisya sedari Raisya wujud dalam keluarga mewah ini.

Dia banyak terhutang budi dengan keluarga ini. Dari berjumpa keluarga inilah hidup dia terjamin. Kalau dahulu dia terpaksa bekerja siang pagi petang malam. Sekarang kerjanya mudah dan hidupnya mewah. Dia di antara yang paling lama berkhidmat pada keluarga ini.

"Daddy? Daddy...?"

Tersentak lamunanya apabila ditegur Raisya.

"Yes Mrs.." belum habis dia menjawab Raisya sudah menegah.

"Chop! Daddy kena panggil Selena ja malam ni ok. Remember it.." pesan Raisya.

Jujur dia begitu sayang dengan Chio. Sayang sebagai seorang anak kepada ayah. Kerana Chio juga mempunyai anak sebaya dengannya. Namun anaknya tidak bernasib baik kerana umur tidak panjang.

Setahun dijaga dia bagai minyak yang penuh. Banyak memori yang dirakam. Sayang.. Nyawanya sudah diragut dek satu tragedi. Tragedi yang hampir membuat Chio mati. Mujur saja Datuk Sheikh Ahmad sudi menghulur bantuan dan mengambilnya sebagai pekerja.

"Selena, petang tadi kamu keluar jumpa ķawan baru kamu ya?" sebaik saja mendengar pertanyaan dari Chio. Raisya berhenti mengunyah.

"Em.. Haah.. Daddy, dia bagitahu apa sebelum balik?" tipu Raisya.

"Dia minta izin hantar kamu naik bilik. Lepas turuň dia terus minta izin untuk balik. Itu saja" jelas Chio lalu menyambung suapannya. Raisya diam memikirkan apa yang terjadi.

Sesudah menjamu selera Raisya naik ke biliknya. Di buka sliding door balkoni itu sebelum duduk di sofa. Baru sahaja dia leka menikmati angin malam, smartphonenya berbunyi.

My Boy is calling..

Hello

Hello.. Assalamualaikum ibu!!

Hahaha waalaikumussalam anak ibu..
Ibu tengah buat apa tu?

Tengah rindu dekat anak ibu..

Ala ibu.. Malam ni saja ibu tido sorang.. Esok Boy balik

Hahaha ibu okay sayang.. Kenapa Boy ibu tak tido lagi ni?

Rindu walid bu..

Raisya terdiam seribu bahasa. Kelu lidahnya hendak berkata-kata. Hatinya dipalu satu rasa yang disimpannya selama ini. Sakit. Bahkan rindu yang terlalu menyesakkan dadanya. Lamunannya terhenti sebaik ditegur si anak.

Ibu?

Ya.. Ya.. Em Boy.. Pegi tido ok. Ibu dah mengantuk sayang.. Sleeptight anak ibu.. Iloveyou.. Assalamualaikum

You too ibu.. Iloveyou more ibu.. Waalaikumussalam..

Segera panggilan dimatikan. Sejurus itu air matanya menitis. Dia faham perasaan anaknya.. Kerana dia juga.. merasakannya dahulu.

Dia seorang diri tika mengandungkan Rais. Seorang diri tanpa suami membawa diri ke negara orang. Mujur saja morning sicknessnya kurang.

Dari sudut lain, ada yang memerhatikannya. Dia mendengar segala butir bicara wanita itu. Kalau boleh dia ingin menyeka air mata itu. Tapi dia.. Belum sampai waktunya. Baginya melihat wanita itu saja sudah mengubat sedikit kerinduan.

Stay vote & comment 😉

My Dear Mrs Bond [B1] (COMPLETED)Where stories live. Discover now