#50

6.4K 186 9
                                    

Melihat pemandangan luar di balkoni bilik terasa seperti tiada apa apa. Seperti menatap landskap kosong seperti itulah dirinya. Kaki yang dilunjur dilipat rapat sehingga muka bertemu kepala lutut.

"Ayyan..."

Suara yang memanggil dibiarkan tanpa rasa mahu menyahut. Muka masih tidak dipanggung masih kekal menunduk.

"Ayyan.." saat itu terasa katilnya di duduki seseorang.

"Hidup ini memang sentiasa penuh dengan onak dan duri. Lepaskanlah dia pergi.. Biarkan dia menemukan ketenangan .. Tentang Suri.. Berusaha dan tawakallah nak" kata kata dari Datin Amani di biar tersimpan di lubuk ingatan. Dia cuba. Apa perlu dia buat sekarang? Dia, Sheikh Arayyan telah kehilangan anak dan isterinya. Apa yang dia kawal dan tidak menjangka sudah terjadi. Anaknya.. Isterinya.. Mereka tiada lagi di sisinya.

"Oppa.." kepalanya di angkat dan di sandarkan di birai katil. Wajah Tengku Raisya Namira Selena menyapa matanya yang sudah terasa pedih dan mungkin sudah merah.

Raisya membawa tangannya mengelus anak rambut yang berjuntaian di dahi abang susuannya. Dia benar benar terasa bersalah kerana janjinya pada Sheikh Arayyan tidak tertunai. Dia yang mengambil tempat yang diduduki Datin Amani tadi kini turun dan melabuh punggung disisi Sheikh Arayyan. Sama sama menyandar diri pada katil.

"Raisy minta maaf.. Raisy.. Raisy ralat.. Maafkan.. Raisy.." dia menyandarkan diri di lengan sasa Arayyan. Dia benar benar rasa ralat dek tidak dapat menyelamatkan dua insan yang disayangi abangnya. Meskipun bukan saudara kandung, tetapi hubungan antara Sheikh Arayyan, Sheikh Ameer, Tengku Haidar dan dirinya tersangat rapat.

"Hyung.. tak pernah salahkan Raisy.. Hyung.. Redha" Arayyan malah ingin berterima kasih pada adiknya kerana hampir bergadai nyawa menyelamatkan dua insan yang dicintaiinya.

"Boy.. Dia.. Rindu.." getaran di kesan dari nada Raisya membuatkan Arayyan menarik Raisya dari tepi ke dalam pelukan. Mereka sama sama menumpahkan airmata. Itulah mereka adik beradik. Cubit peha kiri, peha kanan juga terasa. Di muka pintu bilik Arayyan, Sheikh Ameer dan Tengku Haidar hanya berdiam diri namun turut berlinangan airmata.

Di waktu yang sama, Boy cuba menenangkan dirinya di satu kawasan. Taman mini milik ibunya di atas rooftoop rumah mereka. Dulu, di sinilah dia akan membawa si kecil itu untuk bermain. Dia tiada adik mahupun kakak melainkan para bodyguard yang sudah di anggap seperti abang abang sendiri. Namun sejak lahirnya si kecil itu, dia jadi seronok dan sentiasa gembira. Malah berjanji akan menjaga dan sentiasa menyayangi si kecil itu.

Apabila kehilangan si kecil itu hatinya seperti kosong malah sakit. Dia tak tahu nak buat apa. Melihatkan keadaan Uncle Ayyan yang juga mengalami rasa yang sama tetapi lagi berganda dari dia. Keakraban dia dan uncle Ayyan mungkin ada satu hikmahnya. Dia berjanji pada diri sendiri dia akan mengembalikan cinta hati Uncle Ayyan nya suatu hari nanti.

Setahun kemudian

"Boy.."

Boy yang baru saja pulang dari sekolah berlari mendapatkan ibu kesayangannya di kaki anak tangga.

"Ibu.... Asal ibu turun? Bahaya lah turun tanpa siapa siapa. Walid mana?" di dampingnya si ibu berjalan ke arah ruang tamu sebelum di duduki .

"Ibu cari Walid lah.."

"Sayang, kenapa turun?" muncul pula Sheikh Zufarr Hilal yang baru keluar dari ruang dapur. Raisya sudah menarik muncung itik nya.

"Abang lah! Lama sangat turun tinggal sayang dekat atas. Pergi mana?"

"Lahhh.. Abang sediakan lunch kita lah. Kan sayang yang nak abang masak hari ni" Boy sudah tergelak apabila melihat keadaan Walid nya. Ber topi putih panjang yang senget di atas kepala dengan berapron lagi. Habislah walid 😂

My Dear Mrs Bond [B1] (COMPLETED)Where stories live. Discover now