#16

6K 309 4
                                    

"Ibu,marilah main!"-jerit si anak.

"Taknaklah. Boy main dengan uncle² ok"-jawab si ibu sambil tersenyum.

Si ibu leka melihat si anak yang sedang bermain bola bersama dua orang lelaki dewasa di halaman rumah tersebut.

"Rai.." si ibu berpaling melihat gerangan yang memanggilnya.

***

"Maafkan kami Rai. Kami betul² perlukan kau untuk menggantikan dia. Hanya kau yang layak"rayu Farrel. Raisya memandang Farrel, Raykal dan Ameer dihadapannya. Dia begitu tidak sangka yang bukan dia saja yang mempunyai rahsia tapi begitu juga dengan Zufarr Hilal, suaminya.

"Jadi korang memang ada musuhlah?" soal Raisya ingin tahu.

"Itu belum pasti sebab kami tak pernah bermusuhan dengan sesiapa pun. Rai please? Tolong kami?" rayu Raykal pula. Raisya memandang Ameer yang diam dari tadi. Ameer mengangguk sahaja.

"Bagi aku masa. Bila aku ready. Aku sendiri yang pergi tempat korang.."

"Tapi Rai.."

Belum habis Ameer bersuara,Raisya sudah memotong.

"Aku akan sampai sendiri tanpa korang bagitahu aku dekat mana tempat tu" ujar Raisya lalu berlalu naik ke biliknya. Ameer,Raykal dan Farrel saling berpandangan sesama sendiri. Bagi mereka, Raisya adalah yang paling layak untuk menggantikan Zufarr . Mereka bukan sahaja dapat melindungi anak-anak buah mereka tetapi juga Raisya dan paling penting "Boy" mereka.

***

Toktoktok!

"Masuk"

Haidar Habib melangkah masuk ke dalam bilik adik kesayangannya. Walaupun adik kesayangannya itu sudah bergelar ibu, namun dekorasi bilik tidur adiknya tetap nampak comel. Secomel adiknya ketika di usia belasan remaja beberapa tahun lalu.

"Tak tidur lagi, Raisy?" soal Haidar sebaik saja mendekati Raisya yang duduk di sofa balkoni bilik itu.

Raisya hanya menggeleng lemah membalas pertanyaan abangnya.

"Raisy, are you okay?" Haidar mula bimbang setelah melihat Raisya yang diam saja. Pinggulnya dilabuh bersebelahan Raisya.

"I'm okay.. I'm just.. Huh.. I dont know bro.."keluh Raisya lalu mula menyandarkan kepalanya di bahu Haidar. Haidar yang mendengar keluhan itu, memahaminya. Dugaan yang dihadapi adiknya bukanlah semudah menjawab ujian SPM.

"Raisy, kita hidup dekat dunia ni bukan saja suka-suka dihidupkan oleh Dia. Tetapi dihidupkan sebagai seorang pengembara di atas dunia ini. Pengembara yang mencari bekalan buat disana nanti. Raisy masih pegang lagikan prinsip-prinsip tu? Tuhan merindukan kita lalu dia datangkan ujian untuk kita kembali kepada dia. Bukan tu saja Raisy, semakin banyak ujian yang kita kecapi, semakin dekat kita dengan kebahagiaan.." bicara Haidar dengan penuh lembut memberi sokongan buat adiknya.

Tst.tst.tst.

"Lepaskan sepuas²nya Rai. Rai menangis tak semestinya Rai lemah dik. Abang sentiasa ada untuk Rai.." pujuk Haidar sambil menggosok bahu Raisya.

Raisya. Ya dia juga tahu menangis. Nampak saja dingin dan tidak berperasaan. Tapi jauh di sudut hati dia, dia insan yang paling kerap menangis semenjak kehilangan Zufarr. Tika hilangnya Zufarr,Raisya ibarat sudah hilang separuh dari dirinya. Namun kewujudan "Boy" memberi sinar baru untuk Raisya bangkit semula.

Jangan lupa vote guys ^^

My Dear Mrs Bond [B1] (COMPLETED)Where stories live. Discover now